Artikel Dana 1MDB: Najib Kemuka Surat Tuntutan Kepada HarakahDaily

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2015 10:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengemukakan surat tuntutan kepada pihak HarakahDaily berhubung kenyataan fitnah dalam artikel berhubung dana 1MDB di laman web itu.

Surat tuntutan itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop dan Ketua Pengarang HarakahDaily, Taufek Yahya, pukul 3 petang Khamis.

Menurut Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, firma guaman yang mewakili Najib, mengemukakan surat tuntutan itu atas kapasiti peribadinya berhubung laporan bertajuk "DANA 1MDB BIAYAI SYARIKAT FILEM RIZA AZIZ?(BHG 2)", 19 Februari lepas.

Menurut surat tuntutan itu yang ditandatangani peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, artikel itu mempunyai kata-kata berunsur fitnah dengan niat jahat ke atas anak guamnya.

Ia juga menyatakan bahawa segala tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas sama sekali, tanpa sebarang bukti kukuh dan adalah amat serius serta dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej Najib.

Surat tuntutan itu juga menyatakan kenyataan itu antara lain bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti Najib yang mempunyai imej awam yang baik.

Oleh itu, surat tuntutan itu antara lain menuntut HarakahDaily berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berhubung isu itu terhadap Najib, 48 jam daripada tarikh notis itu iaitu pada 26 Februari (hari ini).

Ia juga menuntut pihak HarakahDaily membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah itu, atas terma-terma yang dipersetujui oleh firma guaman itu bagi pihak Najib,48 jam daripada tarikh notis itu.

Ia juga menuntut pihak HarakahDaily untuk menyediakan satu aku janji bertulis bahawa saluran lidah rasmi PAS itu tidak akan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah itu atau kenyataan yang serupa dengannya.

Ia menyatakan bahawa sekiranya firma guaman itu tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak HarakahDaily berhubung surat tuntutan itu, ia bermaksud pihak itu tidak menafikan penegasan Najib itu dan HarakahDaily juga berniat untuk meneruskan dengan penerbitan kenyataan berunsur fitnah itu.

"Dalam kedaan tersebut, kami mempunyai arahan tegas anak guam kami untuk meneruskan prosiding mahkamah terhadap pihak tuan tanpa sebarang rujukan pihak tuan, termasuklah permohonan menfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu tersebut," menurut surat tuntutan itu.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan