Rakaman Jatuhkan Presiden PAS: Mat Sabu Hanya Jawab Kepada Jawatankuasa Siasatan

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2015 10:55 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas beberapa hari menjadi buruan media, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akhirnya membuka mulut mengenai dakwaan beliau cuba menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, beliau akan hanya memberikan kenyataan kepada Jawatankuasa Khas (Siasatan) PAS yang dipengerusikan oleh Hadi sekiranya dipanggil untuk berbuat demikian.

"Saya hanya akan berikan kenyataan kepada Jawantakuasa Khas (Siasatan) yang dipengerusikan oleh presiden mengenai segala tuduhan kepada saya, kerana ia merupakan masalah dalaman parti," katanya dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan pada Khamis.

Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas menghadiri kes perbicaraan mengenai isu komunis Bukit Kepong pada Ogos 2011 di George Town pemimpin nombor dua PAS itu berkata beliau tidak pernah dan belum mendengar rakaman audio berkenaan sehingga kini. 

"Saya belum dengar (rakaman audio) tersebut, ketika hari kejadian (rakaman audio disebarkan) saya berada di luar negara," katanya ringkas. 

Mengenai kedudukannya dalam parti, Mat Sabu berkata, beliau menyerahkan keputusan tersebut kepada kebijaksanaan perwakilan dalam muktamar yang akan berlangsung Jun nanti.

Beliau turut menambah akan mengambil tindakan terhadap beberapa media arus perdana dan ia akan diuruskan oleh peguam, Hanipa Maidin.

Pada Selasa, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dipetik sebagai berkata bahawa parti itu telah memulakan siasatan terhadap dua pemimpin kanan yang menjadi dalang kepada gerakan menjatuhkan Abdul Hadi.

Mustafa dilaporkan berkata Mat Sabu dan pengarah pilihan raya parti Dr Mohd Hatta Ramli akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Isnin lalu, rakaman suara yang didakwa sebagai individu mirip suara Mat Sabu memberi taklimat untuk menggulingkan presiden PAS tersebar di laman sosial, Facebook.

Pendedahan rakaman itu dibuat di laman, Tuc Tok Usin Ceroi (Pemburu Jebon) pada petang Isnin dan terus menjadi tumpuan ramai.




Menerusi pendedahan itu, rakaman suara berkenaan adalah taklimat yang disampaikan Mat Sabu untuk memburuk dan menjatuhkan Hadi.

Rakaman suara berdurasi 2 minit 10 saat itu, Mat Sabu didakwa berkata," Dalam dua tiga hari ini, saya cuba buat 'counter attack' (serangan balas) dalam bentuk bertemu individu.

"Semalam saya ke Tanjung Karang bertemu dengan YDP Sungai Besar, bertemu dengan YDP dan jawatankuasanya...dua tiga orang.

"Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum...perlu denied (dinafikan)."

Selain suara yang didakwa sebagai Mat Sabu, terdapat suara lelaki yang menyoal balas dan ia dikatakan berakhir sebelum tamat taklimat itu.

Laman Tuc Tok Usin Ceroi didakwa dikendalikan oleh ahli PAS dan aktif mendedahkan usaha Mat Sabu untuk menjatuhkan Hadi sebagai ulama dalam parti itu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan