Bot Terbalik: Seorang Dikhuatiri Lemas, Enam Selamat

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2015 11:27 PM

Kelihatan ambulan keluar dari lokasi kejadian bot terbalik di Empangan Sungai Tengi, Bistari Jaya, Hulu Selangor, Khamis. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Seorang pekerja penyelenggaraan empangan dikhuatiri lemas manakala enam rakannya terselamat apabila bot yang mereka naiki terbalik di Empangan Sungai Tengi, Bestari Jaya,Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya, Sahidaallah Osman berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.45 petang tadi berhubung kejadian itu.

Sehingga 7.30 malam Khamis selepas operasi mencari dan menyelamat dihentikan,mangsa Azhar Gumri, 40, masih belum dijumpai.

Enam lagi pekerja terbabit - Hairul Nizam Mukmin, Mohd Rafi Rahim, Ibrahim Yaakob, Mohd Zahid Mat Tahir, Mohd Fazli Nirwan dan N. Ginansigaram berjaya diselamatkan pasukan penyelamat.

"Kesemua mereka termasuk mangsa yang hilang itu memakai jaket keselamatan ketika menaiki bot gentian kaca berkenaan. Punca bot itu terbalik masih dalam siasatan," katanya.

Sembilan anggota dari Balai Bomba Bestari Jaya dibantu dengan lima penyelam dari unit PPDA (SKUBA) Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam terlibat dalam operasi tersebut. 

Sahidallah berkata operasi mencari mangsa akan disambung semula pada 8.30 pagi Jumaat.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Bot terbalik

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan