Cuaca Kering: SPAN Minta Kerajaan Negeri Pautau Rapi Sumber Air

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 7:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua kerajaan negeri diminta memantau rapi kedudukan air di empangan dan sungai masing-masing berikutan ramalan cuaca kering yang dijangka sehingga penghujung Mac ini.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Ismail Kasim berkata kerajaan negeri adalah bertanggungjawab melalui operator air masing-masing bagi memastikan sumber air di negeri mereka mencukupi dalam memenuhi keperluan penduduk.

"Selain sumber air di empangan dan sungai, kerajaan negeri juga diminta mengkaji sumber alternatif seperti air bawah tanah dan kolam takungan bagi menambah sumber.

"Kerajaan negeri juga disaran mengkaji untuk melaksanakan pembenihan awan dengan bantuan Jabatan Meteorologi Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Ismail berkata, langkah kerajaan Selangor yang bersiap sedia dengan kolam takungan air sekitar Bestari Jaya dan mula mengepam air daripada kolam-kolam tersebut ke Sungai Selangor apabila paras sungai menjadi rendah wajar dicontohi.

Di samping itu, beliau mengingatkan pengguna supaya berhemah dalam menggunakan air dan tidak membazir supaya sumber air yang ada dapat bertahan lama.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan negara khususnya di utara pantai barat Semenanjung Malaysia akan kurang menerima hujan sehingga penghujung Mac ini, menyebabkan berlakunya cuaca panas dan kering.

Jabatan itu meramalkan cuaca panas dan kering itu dijangka berakhir menjelang penghujung Mac berikutan bermulanya musim peralihan yang akan membawa lebih banyak hujan.

Tags / Kata Kunci: SPAN , empangan , Ismail Kasim

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan