PITAS Sedia Bantu JAIS Sekat Ideologi IS Menular Ke Sekolah Tahfiz

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 5:31 PM

Gadis berusia 14 di tangkap di KLIA cuba menyertai IS di Syria.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor (PITAS) sedia membantu pihak berkuasa agama dalam menyekat fahaman yang dikaitkan dengan militan termasuk kumpulan IS, daripada meracuni pemikiran pelajar tahfiz di negara ini. 

Pengerusinya Ashri Lateh Al-Muqril berkata beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan perkara tersebut akan dibincangkan dengan 130 pengusaha sekolah Tahfiz di Selangor yang berdaftar dengan PITAS pada satu mesyuarat khas bulan depan.

"Kita tidak boleh memandang ringan perkara ini walaupun ia boleh dianggap sebagai sebuah kes terpincir dan hanya membabitkan seorang pelajar aliran tahfiz," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu>

Pada Rabu lepas, seorang gadis berusia 14 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang disyaki cuba menyertai kumpulan militan IS di Syria.    

Gadis yang berasal dari Muar, Johor itu merupakan pelajar pengajian agama di sebuah institut tahfiz di Shah Alam.

Beliau berkata daripada maklumat yang diperolehi, PITAS mendapati bahawa sekolah tahfiz tersebut tidak berdaftar dengan PITAS namun pihaknya sedia membantu sekolah tersebut mahupun sekolah lain bagi menyekat fahaman songsang jihad IS daripada merebak di negara ini.

Sebelum ini, Ashri memberitahu Bernama bahawa 160 sekolah tahfiz yang berdaftar di Selangor termasuk 130 yang di bawah PITAS tidak pernah memberi galakan kepada pelajar mereka untuk menyertai mana-mana kumpulan militan termasuk IS. 

Beliau yang menolak sekeras-kerasnya tanggapan kononnya institusi pendidikan tahfiz di Selangor terlibat secara langsung dalam penyebaran ideologi jihad militan IS di negara ini, berkata sekolah-sekolah berkenaan menggunakan sukatan pelajaran yang disediakan oleh JAIS.

Katanya ideologi kumpulan militan itu bukan sahaja bercanggah dengan falsafah pendidikan tahfiz malah terpesong jauh daripada ajaran agama Islam sebenar.

Tags / Kata Kunci: PITAS , JAIS

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan