Jangan Pandang Remeh Perubahan Iklim Dan Pemanasan Global - Najib

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 8:19 PM

Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim, di Bangunan Perdana Putra pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata fenomena perubahan iklim dan pemanasan global tidak lagi boleh dipandang remeh. 

Katanya taburan hujan telah berubah dan Malaysia menempuh musim kemarau terlampau hingga mengalami krisis air di beberapa negeri pada awal dan pertengahan 2014 dan pada penghujung tahun pula, hujan lebat berterusan telah membawa kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa akibat banjir. 

"Sebagai contoh, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan merekodkan taburan hujan tinggi iaitu 1,295 milimeter bagi tempoh 21 hingga 23 Disember 2014 yang bersamaan dengan taburan hujan bagi 64 hari," katanya ketika berucap mempengerusikan mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI) pada Rabu.

Najib juga berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan bencana banjir terburuk dan tanah runtuh yang berlaku itu ada kaitannya dengan kegiatan pembukaan tanah untuk pertanian dan pembangunan serta penerokaan tanah haram.

Laporan Penilaian Kelima Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC)yang diterbitkan tahun lepas oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) dan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNEP) telah memberi amaran bahawa langkah-langkah mitigasi yang diambil masih belum mencukupi untuk mengehadkan tahap peningkatan suhu pada dua darjah Celcius, katanya.

"Ini akan mengakibatkan bencana alam yang sangat serius pada masa depan,"katanya.

Najib berkata memandangkan MTHPI yang diwujudkan pada 2010 berperanan merangka agenda pembangunan teknologi hijau dan menangani perubahan iklim maka adalah wajar mesyuarat MTHPI diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Menyentuh mengenai teknologi hijau, Perdana Menteri berkata jumlah pekerjaan hijau yang wujud di Malaysia telah meningkat sebanyak 38 peratus iaitu daripada 61,280 pada 2013 kepada 84,565 pada tahun lepas.  

Beliau berkata teknologi hijau di Malaysia dapat menjadi pemangkin ke arahpembangunan ekonomi hijau yang mampan bukan sahaja dari aspek keseimbangan alam sekitar tetapi juga aspek sosial.

Beliau berkata Kajian Pelan Induk Teknologi Hijau menggariskan lima sektor utama ekonomi iaitu tenaga, pengangkutan, bangunan, sisa dan air.

Najib berkata dijangka perniagaan hijau berdasarkan landasan "berurus niaga seperti biasa' bagi lima sektor utama ekonomi tersebut akan menyumbang sebanyak RM12.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2020 dan RM27.9 bilion pada tahun 2030.

"Sekiranya komitmen jitu diberikan melangkaui "business as usual' (urusniaga seperti biasa) dalam meningkatkan perniagaan hijau adalah dijangka perniagaan hijau akan menyumbang sebanyak RM22.4 bilion kepada KDNK pada tahun 2020 dan RM60 bilion pada tahun 2030," katanya.

Perniagaan hijau berdasarkan landasan itu juga dijangka dapat meningkatkan peluang pekerjaan hijau kepada 144,590 pada tahun 2020 dan 211,500 pada tahun 2030, katanya. 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam sidang media selepas mesyuarat itu berkata sebanyak lima kertas pertimbangan dibentangkan dalam mesyuarat hari ini iaitu Pelan Induk Teknologi Hijau Negaradaripada kementeriannya dan 'A Roadmap of Carbon Intensity Reduction inMalaysia' (Pelan Pengurangan Tahap Karbon di Malaysia) daripada Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli.

Tiga lagi kertas pertimbangan yang dibentangkan ialah  'National Waste Grid' (Grid Sisa Nasional) daripada Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), Cadangan Mewujudkan Industri Green-Blue Packaging daripada SIRIM Bhd dan Pelan Tindakan Mobiliti Elektrik Negara daripada Malaysia Green Technology Corporation. 

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan