MH370: Pencarian Meliputi 40 Peratus Daripada Kawasan Utama - JACC

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 11:27 PM

Fugro Discovery

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha mencari dan mendapatkan semula (SAR) pesawat  Malaysia Airlines (MAS) MH370 di kawasan terpencil di Lautan Hindi telah meliputi lebih 24,000 kilometer persegi dasar laut, iaitu kira-kira40 peratus daripada kawasan carian keutamaan.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) berkata pencarian dibawah permukaan air sekarang mungkin sebahagian besarnya selesai sekitar Meijika diandaikan tiada kelewatan dan masalah dengan kapal dan peralatan yang digunakan atau faktor cuaca.

Dua buah kapal sedang menjalankan operasi SAR di bawah permukaanair dan dua lagi kapal dalam perjalanan untuk membantu operasi tersebut, kata JACC dalam kenyataan pada Rabu.

Ia berkata kapal disewa kontrak oleh Malaysia, 'Go Pheonix' dan kapal disewa kontrak oleh Malaysia-Australia, 'Fugro Discovery' kini berada di kawasan carian kerana menjalankan operasi pencarian.

Fugro Equator meninggalkan Fremantle menuju ke kawasan pencarian pada 20 Februari dan dijangka tiba di kawasan pencarian pada Khamis, 26 Feb sementara Fugro Supporter berlepas Sabtu lalu dan dijangka tiba di kawasan pencarian pada Ahad, kata JACC.

"Selain mengesan pesawat, pencarian di bawah permukaan air bertujuan untuk memetakan kawasan yang serpihan MH370 bertaburan untuk mengenal pasti dan memberi keutamaan kepada usaha mendapatkan semula komponen khusus pesawat termasuk perakam penerbangan, yang akan membantu siasatan oleh Malaysia,"katanya.

JACC berkata Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telah menggunakan data dari kerja-kerja kajian bathymetric untuk menyediakan pelan awal untuk pencarian di bawah air, untuk diikuti dan dirujuk oleh semua pihak yang terlibat. 

"Pelan itu termasuk pencarian, kaedah, prosedur, langkah berjaga-jaga keselamatan dan kawasan-kawasan carian awal bagi pelbagai kapal yang menyertai operasi pencarian," kata kenyataan itu.

Menyentuh mengenai cuaca, kenyataan itu berkata keadaan cuaca di kawasan pencarian adalah dijangka menggalakkan minggu ini, dengan negara-negara kelautan dijangka meningkat tidak lebih daripada 3.

"Keadaan tropika yang rendah pada masa ini di sekitar Kepulauan Cocos (Keeling) diramalkan bergerak jauh ke dalam menuju ke selatan atau Barat Laut dalam minggu akan datang.

Sistem tekanan rendah berpotensi menjadi siklon tropika dan mungkin membawa angin kencang dan laut bergelora ke kawasan carian seawal hujung minggu depan," katanya.

Keseluruhan keadaan dijangka terus menggalakkan pada bulan-bulan yang diramalkan cuaca panas, katanya.

Pada Selasa, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pencarian akan diteruskan dan data yang dibekalkan oleh Inmarsat dan Pusat Kawalan Trafik Udara menunjukkan bahawa MH370 menuju ke arah selatan Lautan Hindi.

Pesawat Boeing 777 penerbangan MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira satu jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang AntarabangsaKL (KLIA) kira-kira 12.41 tengah malam pada 8 Mac tahun lepas.    

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac tahun lepas bahawa penerbangan MH370 telah berakhir di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.    

Pada 29 Jan tahun ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengumumkan bahawa kehilangan pesawat MH370 sebagai satu kemalangan dan kesemua penumpang dan anak kapal dianggap terkorban. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MH370 , JACC

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan