Khabar Angin Lee Kuan Yew Meninggal Dunia, Tidak Benar - Berita Semasa | mStar

Khabar Angin Lee Kuan Yew Meninggal Dunia, Tidak Benar

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 11:19 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Khabar angin tersebar yang menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew telah meninggal dunia adalah tidak benar, menurut Menteri Tenaga Manusia Tan Chuan-Jin di laman Facebooknya, Rabu.

"Khabar angin tersebar dengan meluas. Ramai dalam kalangan anda menghantarmesej bertanyakan mengenai keadaan Encik Lee Kuan Yew. Terus berdoa untuk beliau kembali pulih," katanya.

Saluran televisyen tempatan, Channel News Asia sebelum ini melaporkan bahawastesen televisyen berkenaan telah mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa bahawa khabar angin itu adalah tidak benar.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, pejabat Perdana Menteri Pejabat (PMO) berkata Lee telah dimasukkan ke Hospital Besar Singapura pada 5 Februari lepas kerana menghidap radang paru-paru yang teruk.

Menurut kenyataan itu, keadaan beliau telah kembali stabil namun masih berada dalam ventilasi mekanikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Beliau sedar dan diberikan sedatif ringan.

Lee, 91, merupakan Perdana Menteri pertama Singapura (1959-1990) dan dianggap perdana menteri yang paling lama berkhidmat di dunia. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Lee Kuan Yew , Khabar angin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan