AS$16.5 Bilion Kos Bantuan Kemanusiaan Tahun Ini - Wakil PBB

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 10:22 AM

Amos ketika menyampaikan syarahan berkaitan bantuan kemanusiaan di UTM, malam Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konflik yang semakin meningkat di beberapa negara tahun ini, bukan sahaja menambah jumlah penduduk lemah yang perlu dibantu tetapi juga kos bagi pelbagai bantuan tersebut.

Setiausaha Bahagian Bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Valerie Amos berkata: "Krisis yang sedang kita hadapi tahun ini di Syria dan Iraq, Republik Afrika Tengah, Selatan Sudan, Yaman dan banyak negara lain, bermakna kita perlu mengumpul AS$16.5 bilion (RM60.12 bilion) tahun ini untuk membantu mereka yang paling lemah di dunia.

"Lebih 12 juta rakyat di Syria memerlukan bantuan segera dan hampir setiap rakyat Syria terjejas berikutan kejatuhan ekonomi negara itu, kemusnahan infrastruktur penting seperti klinik, hospital dan sekolah-sekolah serta kerosakan bekalan elektrik dan air.

"Kita menghadapi pelbagai cabaran menyumbang kepada kerapuhan dan kelemahan sesebuah negara itu. Pertumbuhan penduduk bermakna krisis ini mungkin berlarutan dengan lebih buruk kerana rakyat terpaksa bersaing untuk mendapatkan ruang, sumber dan pengiktirafan," katanya.

Amos berkata demikian dalam syarahannya bertajuk 'The Future Humanitarian Action' (Tindakan Kemanusiaan Pada Masa Depan) di kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, malam Selasa.

"Lapan puluh peratus daripada kerja-kerja kemanusiaan sekarang berada di negara-negara dan rantau yang terjejas oleh konflik...jadi kami bekerja keras untuk menyelamatkan nyawa manusia tetapi majoriti mempunyai prospek kecil untuk menikmati masa depan yang selamat," kata beliau.

Amos berkata, Malaysia telah menyumbang kepada bantuan kemanusiaan antarabangsa menerusi badan bukan kerajaan (NGO), dengan suara Mercy Malaysia didengar lantang dan jelas di Majlis Agensi Sukarela Antarabangsa (ICVA).

Beliau berkata, melindungi orang awam menjadi tumpuan tugas kemanusiaan PBB.

Mengenai bencana alam seperti tsunami, beliau berkata terdapat keperluan untuk memujuk penderma menyalurkan wang mereka lebih kepada respons kecemasan daripada usaha mencegah dan mengurus risiko.

"Di Malaysia, kesiapsiagaan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata, masyarakat sivil dan sektor swasta sudahpun melibatkan diri.

"Saya harap masyarakat akademik turut melibatkan diri misalnya menerusi penyelidikan dan pengumpulan keterangan.

"UTM boleh menggunakan pengalaman dan pangkalan ilmunya untuk mengenal pasti masalah, berikhtiar dan mencari jalan penyelesaian yang kreatif dan inovatif terhadap risiko yang berulang," kata beliau. 


Tags / Kata Kunci: PBB , Valerie Amos , Mercy Malaysia

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan