Kes Liwat Anwar: Exco Pemuda Umno Cabar Rafizi Berdebat

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 2:28 PM

Ibdillah Ishak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Exco Pemuda Umno, Ibdillah Ishak mencabar Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli untuk berdebat dengannya mengenai kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya bersedia menawarkan diri untuk berdebat dengan Rafizi bagi menjelaskan hal yang benar demi kepentingan rakyat," kata Ibdillah dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas Rafizi melontarkan cabaran debat terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Namun, Ibdillah berkata beliau melihat cabaran tersebut sebagai tidak relevan untuk dilontarkan kepada Menteri Belia dan Sukan itu.

"Rafizi pernah menjadi Pengarah Strategi PKR yang terkenal dengan kegagalan ‘Langkah Kajang'. Semenjak "Langkah Kajang" watak pakar strategi hanyalah omongan kosong. Langkah-langkah politik yang diambil oleh Rafizi di lihat mahu menyelamatkan Anwar Ibrahim dan bukannya rakyat Malaysia," katanya.

Ibdillah turut mencabar Rafizi untuk berdebat mengenai kegagalan 'Langkah Kajang', satu usaha untuk menjadikan Anwar sebagai calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada tahun lalu.

Anwar tidak boleh dicalonkan selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap beliau atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.


iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan