Anggota ATM Dipantau Secara Kolektif Elak Terbabit Militan

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 6:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa memantau setiap anggotanya secara kolektif supaya tidak terjebak dalam kegiatan militan terutamanya kumpulan Negara Islam (IS).

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, satu garis panduan telah dikeluarkan sejak pertengahan tahun lepas bagi pemantauan dan sesi kolektif kepada anggotanya.

Beliau menegaskan, melalui pemantauan sedemikian, setakat ini tidak ada warga tentera terbabit atau menyertai kegiatan militan.

"Kita (ATM) telah meletakkan kaedah yang sesuai untuk memantau pergerakan anggota sejak mereka mula berkhidmat. Jika mereka mula terpesong, maka tindakan pengesanan akan dibuat.

Kaunseling akan dilakukan jika terdapat anggota yang menuju ke arah tidak betul," katanya ketika sesi wawancara khas bersama media sempena Ulang Tahun  ke-82 Tentera Darat di sini, Rabu.

Menyentuh mengenai penglibatan anggota tentera dalam kejadian bencana banjir, Raja Mohamed Affandi berkata berdasarkan kejadian banjir tahun lepas agensi berkenaan mampu melaksanakan yang terbaik untuk negara.

"Ketika banjir tahun lepas, kediaman anggota kita di Pasir Mas, Kelantan juga dimasuki air. Namun anggota kita mengetepikan hal peribadinya demi tugas.

Saya boleh mengatakan bahawa mereka melakukan yang terbaik demi negara dan masyarakat," katanya.

Mengenai penglibatan kaum lain dalam bidang ketenteraan, Raja Mohamed Affandi berkata menjadi tanggungjawab semua kaum untuk menyertai perkhidmatan ini untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Mengenai Ulang Tahun ke-82 Tentera Darat yang bakal disambut pada 1 Mac ini, yang bertemakan "Tentera Darat Teguh Siaga ATM Gah ATM Perkasa", satu perbarisan akan diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Antara acara sempena Hari Tentera Darat, satu demonstrasi keupayaan tentera darat akan dilakukan pada 7 Mac yang bertujuan memperingati serangan yang dilakukan ke atas pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada Mac 2013.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan