AS Pikat Lima Negara Asia Untuk Tingkatkan Kerjasama Keselamatan

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 2:33 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Dalam usaha meningkatkan kerjasama keselamatan dengan beberapa negara Asia, pentadbiran Amerika Syarikat (AS) akan melibatkan diri untuk berbincang secara serius dengan beberapa negara Asia di rantau ini termasuk Malaysia.

Penolong Setiausahanya bagi Kawalan Senjata, Penentusahan dan Pematuhan, Frank Rose kini melakukan lawatan secara ekstensif ke Jepun, Malaysia, Indonesia, Singapura dan India bermula 23 Februari hingga 9 Mac, untuk siri perbincangan strategik mengenai keselamatan antarabangsa, kata Jabatan Negara Amerika dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, Rose akan berada di Jepun bermula 23 hingga 27 Februari, dan akan mengadakan beberapa siri mesyuarat dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan Jepun di Tokyo berhubung isu-isu yang meliputi keselamatan ruang angkasa, kestabilan strategik, peluasan cegah rintang dan kawalan senjata multilateral.

Di samping menyampaikan ucapan mengenai Perikatan Amerika-Jepun di American Center dan Tokyo Foundation, Rose turut mempengerusikan Dialog Keselamatan Angkasa Amerika-Jepun.

Pada 26 Februari, beliau dijadual menyampaikan ucapan pada Forum Angkasa Lepas Jepun mengenai kesedaran persekitaran angkasa lepas.

Gambaran kepada isu yang dibawa Rose semasa perbincangan telah dibayangkan oleh Anita E. Friedt, Ketua Timbalan Penolong Setiausaha Biro Kawalan Senjata, Penentusahan dan Pematuhan di Institut Jepun bagi Hal-ehwal Antarabangsa di Tokyo pada 20 Februari.

Beliau berkata, Amerika kekal "bersedia dan mampu mempertahankan diri sendiri, Jepun, serta keamanan dan keselamatan serantau, dengan kemampuan dan keupayaan sedia ada, termasuk daya rintang yang disediakan pasukan konvensional dan nuklear kita".

"Paksi untuk Asia" Amerika yang sering diperkatakan bakal menyaksikan Amerika mengukuhkan kehadirannya di Asia, yang menjadi teras aktiviti diplomatik dengan meningkatkan kunjungan ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai kanan negara ini ke beberapa negara Asia.

Di pentas ASEAN pula, Amerika berhasrat meningkatkan lagi kerjasama dengan tiga negara utama iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

"Tatkala Amerika memberi keutamaan kepada kawalan senjata dan keutamaan pengawalan senjata nuklear, kami akan berunding secara lebih akrab dengan sekutu dan rakan mengenai setiap langkah.

Pentadbiran (Presiden Obama) telah memberi keutamaan tinggi kepada pengukuhan hubungan dengan para sekutu. Kami mengiktiraf keperluan untuk menggalakkan dan meningkatan dialog cegah rintang dan meluaskan perikatan dalam bidang kepentingan bersama bagi menangani perubahan persekitaran keselamatan," kata Friedt di Tokyo.

Friedt juga berkata komponen utama kepada usaha ini ialah hasil kerja Amerika dengan Jepun melalui Dialog Cegah Rintang Tambahan.

"Malah saya berada di Jepun minggu yang lalu untuk menghadiri dialog dua hala ini. Saya berkesempatan menjadi pengerusi bersama dialog ini untuk beberapa tahun setakat ini, dan saya secara peribadi boleh mengakui bagaimana perbincangan ini mengukuhkan lagi perikatan keselamatan dua hala kita.

Dialog-dialog ini membolehkan pertukaran pandangan antara negara terlibat dan penekanan terhadap cegah rintang dan cabaran abad ke-21," katanya.

Berkenaan kerjasama tiga hala membabitkan Amerika, Korea Selatan dan Jepun, Rose berkata, beberapa minggu lalu ketika beliau berada di Seoul bahawa untuk membangunkan pertahanan peluru berpandu serantau merupakan bidang penting yang diberi perhatian tatkala semakin meningkatnya ancaman nuklear dan peluru berpandu oleh Korea Utara.

Menurut Rose, kerjasama pada masa depan antara Amerika, Korea Selatan dan Jepun mampu "memberi impak positif kepada usaha cegah rintang terhadap Korea Utara dan memberi isyarat cegah rintang yang kuat kepada DPRK (Democratic Peoples Republic of Korea atau Korea Utara)".

"Saya juga ingin menambah betapa gembiranya kami dengan menandatangani Perjanjian Perkongsian Maklumat Tiga Hala antara badan-badan keselamatan masing-masing baru-baru ini.

Kami menaruh harapan untuk membangun atas kejayaan ini, serta meluaskan dan mendalamkan kerjasama tiga hala dengan dua sekutu kuat di timur laut Asia," kata Freidt.

Rose dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 2 Mac untuk mesyuarat dua hala dengan para pegawai kanan Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan Agensi Angkasa Lepas Negara mengenai pelbagai topik keselamatan mengenai kepentingan bersama.

Penganalisis di Washington berkata, perbincangan akan meliputi situasi di Laut China Selatan serta isu-isu strategik lain yang menjadi kepentingan Malaysia.

Rose akan ke Jakarta pada 3 Mac untuk mesyuarat dua hala mengenai keselamatan ruang angkasa dan kawalan senjata multilateral dengan Kementerian Luar Indonesia dan Institut Negara Indonesia bagi Angkasa Lepas dan Aeronautik.Pada 4 Mac, Rose akan mengadakan pertemuan dengan para pegawai kanan di Singapura untuk membincangkan isu-isu keselamatan.

Amerika Syarikat telah meningkatkan kerjasama dengan Singapura dalam soal pertahanan di laut.

Singapura dan sekarang Melaka dianggap sebagai laluan laut terpenting bukan sahaja sebagai laluan perdagangan antarabangsa tetapi juga peningkatan kepentingan strategik.

Persinggahan paling lama Rose pada jelajah kali ini ialah di India dari 5 hingga 9 Mac di mana beliau akan mengadakan rundingan dua hala dengan para pegawai kanan India dan juga mempengerusikan Dialog Keselamatan Angkasa India-Amerika yang pertama.

Program angkasa lepas India disifatkan oleh pakar Amerika sebagai sangat maju dan kedua-dua pihak menjangkakan "sinergi yang biasa" hasil daripada kerjasama dua hala dalam bidang ini. 


Tags / Kata Kunci: Asia , Amerika Syarikat , Frank Rose

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan