Ahli PasMa Layak Tanding Pemilihan PAS - Berita Semasa | mStar

Ahli PasMa Layak Tanding Pemilihan PAS

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 1:26 PM

Asmuni Awi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS tidak menghalang ahlinya yang menyertai  Pertubuhan Ummah SejahteraMalaysia (PasMa) untuk merebut jawatan pimpinan tertinggi pada pemilihan parti itu, Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi berkata pendirian tersebut akan kekal sehingga satu arahan terbaharu mengenainya dikeluarkan nanti.

"Sehingga hari ini, tiada sekatan, sama ada ahli Abim ke Ikram ke, peraturan (parti) tidak halang ahli badan bukan kerajaan (NGO) untuk jadi calon.

"Ahli PAS bebas jadi mana-mana ahli NGO. Sekiranya memenuhi syarat maka mereka layak jadi calon," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, Selasa.

Terdahulu Majlis Syura Ulama PAS mahu ahli PAS menjauhi PasMa sebuah NGO yang ditubuhkan oleh pemimpin PAS kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Pengkalan Kundur, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Setiausahanya, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, pihaknya memantau segala tindak tanduk yang dilihat boleh memecahbelahkan ahli-ahli PAS termasuk Pasma.

Pemilihan PAS Pusat akan diadakan bersempena Muktamar PAS Ke-61 pada Jun ini.

Senarai pencalonan bagi jawatan pimpinan tertinggi parti perlu dihantar ke pejabat sekretariat pemilihan selewat-lewatnya pada pukul 5 petang, 30 April.

Tags / Kata Kunci: PasMa , PAS , NGO , Asmuni Awi
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan