PAS Serik 'Ditendang' Umno - Tuan Ibrahim

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 10:34 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS mengulangi pendirian untuk tidak bersama Umno kerana mendakwa serik dengan pengalaman lalu 'ditendang' keluar daripada muafakat apabila Umno kembali kuat.

Malahan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, walaupun untuk mencapai perpaduan di kalangan orang Melayu, isu penggabungan dengan Umno tidak akan timbul.

Beliau turut merujuk isu royalti minyak, pembangunan, lebuhraya dan lapangan terbang  yang didakwanya suatu penindasan Umno terhadap Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan rakyat Kelantan.

"Kalau hujahnya adalah untuk perpaduan Melayu, biarlah orang Melayu bersama dengan PAS bagi membentuk sebuah kerajaan baharu berteraskan Islam, dan tidak lagi dilihat sebagai komuniti yang boleh menerima rasuah, salahguna kuasa sebagai sesuatu yang patut di bawah kerajaan Umno.

"Amalan rasuah, salahguna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan. Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak Umno yang korup," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Tuan Ibrahim tampil memberi penjelasan berhubung penggabungan PAS dan Umno selepas mendapati isu berkenaan diviralkan menerusi media sosial kebelakangan ini.

Kepimpinan PAS juga mengakui pemilihan parti itu pada Jun akan menentukan hala tuju parti itu termasuk mengenai kedudukan dalam gabungan Pakatan Rakyat atau bekerjasama dengan Umno.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya untuk membincangkan hal berkaitan negeri berkenaan.

"PAS tidak akan bersama Umno, inilah pendirian kami. Sudah tidak terbilang kalinya ditegaskan bahawa tidak timbul soal penyatuan kedua-dua parti ini.

"Perkara penggabungan PAS-Umno ini tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat parti," katanya yang mendakwa Umno akan melakukan apa sahaja di saat kelemasan.

Tambah beliau lagi, Presiden PAS sendiri menegaskan di dalam Muktamar lalu dan sebelumnya bahawa PAS tidak akan bergabung Umno.

"Perkara dasar begini mesti melalui keputusan Muktamar bukan hanya pandangan peribadi ahli parti," katanya.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata, PAS ada 21 kerusi parlimen, manakala Umno mempunyai 88 kerusi parlimen dan penggabungan keduanya akan menimbulkan persoalan daripada segi jumlah kerusi yang akan diberi Umno kepada PAS.

"Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Daripada sudut ini sahaja, tuduhan bahawa PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal," katanya.

Malahan, katanya, jika atas alasan untuk melaksanakan sistem perundangan Islam, Umno sudah boleh melaksanakannya sekiranya mahu di semua negeri yang diperintahnya.

Beliau juga mempersoalkan kesediaan Umno untuk membantu PAS melaksanakan hudud sedangkan parti itu sendiri menentang hukum itu dan tidak menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi parti.


Tags / Kata Kunci: PAS , Umno , Tuan Ibrahim Tuan Man , royalti minyak , hudud

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan