Keluarga Anwar Mohon Rayuan Pengampunan Pada Saat-Saat Akhir

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 5:32 PM

Isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan rayuan pengampunan Diraja kepada pegawai yang bertugas di Istana Negara. Nurul Nuha turut hadir menemani ibunya. -Foto Ihsan NURUL IZZAH ANWAR.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan rayuan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, pada saat-saat akhir terhadap hukuman penjara lima tahun yang dihadapinya atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Notis tersebut difailkan bagi mengelakkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, Fahmi Fadzil berkata rayuan tersebut telah difailkan oleh anak kedua Anwar, Nurul Nuha pada Selasa.

"Rayuan pengampunan tersebut telah dihantar oleh Nuha bersama dengan ibunya ke Istana Negara petang Selasa.

"Rayuan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan juga akan berjalan seperti yang dirancang," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Fahmi berkata keluarga Ketua Pembangkang itu akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai rayuan pengampunan tersebut dalam tempoh satu jam lagi.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata pihaknya masih perlu surat rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk mengesahkan tarikh penerimaan notis berkenaan.

"Pengesahan daripada Speaker akan membolehkan SPR mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-Undang SPR untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Pada Isnin, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dilaporkan berkata  Anwar tidak akan memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong terhadap hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadapnya.

Rafizi memberitahu bahawa mereka tidak menerima sebarang arahan daripada Anwar berhubung permohonan pengampunan berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan