Muhyiddin Tidak Tahu Anwar Pernah Ditawar Jadi TPM

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 4:30 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu terjebak dengan apa yang disifatnya polemik yang tidak menguntungkan ekoran dakwaan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Katanya beliau tidak mengetahui tentang tawaran itu dan hanya mengetahui mengenai dakwaan itu melalui media.

"Saya tidak pasti apakah kenyataan itu benar ataupun tidak dan saya tidak mahu terlibat dalam polemik yang tidak menguntungkan," katanya ketika diminta mengulas dakwaan Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bahawa bapanya pernah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ditemui pemberita selepas melancarkan Pelan Transformasi Minda Ke Arah Negara Bersih, Indah Dan Sejahtera 2015-2020 di sini pada Selasa, Muhyiddin berkata ada isu yang lebih utama yang perlu dihadapi seperti isu ekonomi dan sosial.

"Soal-soal jawatan tidak menjadi perhatian penting bagi saya, kalau ada siapa buat tuduhan macam-macam itu hak mereka. Tapi kita orang yang faham, jangan mudah terperangkap hingga menjadikannya satu debat atau konflik yang tidak berguna. Saya tidak fikir itu yang dikehendaki rakyat Malaysia," katanya.

Beberapa portal melaporkan bahawa Nurul Izzah mendakwa Anwar pernah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.

Anwar kini menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lepas menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.

Kepada soalan sama ada Umno mempunyai perasaan tidak senang dengan tindakan Ketua Pendakwa Raya kes Anwar, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengadakan ceramah memberikan penerangan mengenai kes itu, Muhyiddin berkata itu adalah hak peguam terkemuka berkenaan.

"Itu hak dia (Shafee), beliau telah dijemput untuk memberikan penjelasan dan rakyat mahu mendengarnya. Shafee seorang yang pandai, kalau dia fikir sesuai, itu hak dia," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan