LZS Sedia Bantu Kembar Siam Dapat Kaki Palsu Baharu

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 10:00 AM

Ahmad (kanan) dan Muhammad menggunakan tongkat untuk memudahkan pergerakan mereka.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lembaga Zakat Selangor (LZS) sedia membantu pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad Rosli, untuk mendapatkan kaki palsu yang baharu bagi memudahkan pergerakan mereka.

Pengurus Sektor Komunikasi Korporat (LZS), Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, bapa kepada pasangan kembar siam itu, Rosli Abdul Rahim, perlu terlebih dahulu mengemukakan permohonan bantuan perubatan di bawah kategori asnaf gharimin.

"Insya-Allah LZS sedia membantu anak-anaknya. Rosli hanya perlu kemukakan permohonan seperti sebelum ini. Sekiranya memenuhi syarat kelayakan, LZS akan biayai kos pembelian kaki palsu tersebut," katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Jelas beliau, LZS sudah memaklumkan kepada Rosli mengenai kesediaan agensi kerajaan negeri itu untuk membantu pasangan kembar siam berusia 17 tahun itu.

"LZS ada menghubungi bapa pasangan kembar siam itu pada minggu lalu. Sekiranya mereka memerlukan kaki palsu tersebut dia (Rosli) boleh kemukakan permohonan," katanya.

Norajun berkata, sehingga hari ini, pihaknya masih belum menerima sebarang borang permohonan daripada Rosli untuk tujuan tersebut.

"Setakat hari ini, dia (Rosli) belum mohon. Sebaik sahaja borang tersebut diterima, LZS akan memproses permohonan itu dalam tempoh 14 hari, sama seperti permohonan terdahulu," katanya.

Sementara itu, Rosli, 44, mengucapkan ribuan terima kasih kepada LZS di atas segala bantuan dan keprihatinan mereka terhadap dua anak istimewanya itu.

Pasangan kembar siam ini terpaksa menggunakan tongkat selepas kaki palsu mereka sudah tidak muat untuk digunakan.


"Saya ucapkan terima kasih kepada LZS di atas segala bantuan yang dihulurkan selama ini. Saya juga berbesar hati kerana LZS sedia untuk membantu anak-anak saya untuk mendapatkan kaki palsu," katanya.

Bapa kepada enam orang anak itu berkata, beliau akan menghantar borang permohonan bantuan perubatan selepas proses ukuran kaki palsu dan sebut harga diperoleh daripada sebuah syarikat pembuatan anggota tiruan.

"Ada sebuah syarikat nak datang ambil ukuran kaki palsu along (Ahmad) dan angah (Muhammad) pada hari ini. Jadi biarlah proses ini selesai dahulu. Selepas itu baharulah saya akan hantar borang bersama dengan sebut harga," katanya.

Jelas Rosli, beliau mengubah fikiran untuk memenuhi keinginan dua anaknya itu selepas memikirkan masa depan mereka.

Ahmad dan Muhammad turut cemerlang dalam bidang akademik.


"Jika sebelum ini, saya tak fikir nak dapatkan semula kaki palsu untuk mereka kerana kosnya terlalu tinggi. Siapa pula yang nak tanggung? Kalau dulu kos untuk sepasang kaki palsu mencecah RM26,000. Saya memang tak mampu kerana pendapatan pun tidak tetap," katanya.

Rosli berkata, keinginan dua anaknya itu dipermudahkan selepas didatangi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada minggu lalu yang turut sedia membantu mencari syarikat pembuatan anggota tiruan yang boleh menghasilkan kaki palsu untuk mereka.

"Tidak sangka pula kunjungan JKM yang pada awalnya untuk memperbaharui kad Orang Kelainan Upaya (OKU) angah dan along, membangkitkan semula perkara ini (kaki palsu). Mungkin ini rezeki anak-anak saya. Terima kasih juga saya ucapakan kepada JKM," katanya.

Terdahulu, pasangan kembar siam ini hanya menggunakan kaki palsu yang dibiayai oleh Almarhum Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz sehingga berumur 12 tahun kerana sudah tidak muat.

Ahmad dan Muhammad yang bercantum di bahagian dada dan punggung berjaya dipisahkan melalui satu pembedahan di Riyadh, Arab Saudi, 13 tahun lalu.

Mengulas mengenai bantuan lampin pakai buang dan beg najis untuk kegunaan harian pasangan kembar itu, Rosli berkata, stok barangan keperluan itu sudah diterimanya minggu lalu.

Antara barang keperluan yang diterima pasangan kembar siam ini daripada LZS.


"Bantuan tersebut sudah diambil daripada sebuah farmasi dekat Puchong menerusi bantuan LZS. Alhamdulillah, bekalan tersebut cukup untuk menampung keperluan adik-beradik itu selama enam bulan," katanya.

 






Tags / Kata Kunci: kembar siam , kaki palsu

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan