Semua Ahli Politik Diharap Sokong Cadangan Pinda Akta SPRM

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 4:48 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan berharap semua ahli politik, termasuk daripada pembangkang, akan memberi sokongan terhadap cadangan untuk meminda Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata sekiranya cadangan pindaan terhadap akta itu diluluskan Anggota Parlimen, ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bersatu hati dalam memerangi rasuah.

"Ia akan membuktikan bahawa mereka (Anggota Parlimen) meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan politik. Ia merupakan suatu ujian jelas sama ada ahli politik boleh bekerjasama untuk kebaikan negara atau tidak.

"Ini bukan soal politik, tetapi soal apa yang baik untuk negara dan kami berharap semua Anggota Parlimen akan menghargai niat untuk mengukuhkan lagi institusi itu (SPRM) demi kebaikan negara dan kami juga berharap rakyat akan menyokong pindaan ini," katanya pada sidang akhbar selepas berucap pada mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus peringkat kebangsaan di sini pada Selasa.

Beliau berkata institusi di negara ini seperti SPRM, perlu diperkukuh terlebih dahulu untuk membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Low berkata dua cadangan pindaan berkenaan, yang bertujuan mengukuhkan SPRM dan menjadikannya lebih bebas, ialah penubuhan suruhanjaya perkhidmatan sendiri dan pelantikan pesuruhjaya SPRM.

Baru-baru ini, SPRM menyuarakan harapannya agar kerajaan membentangkan pindaan terhadap perlembagaannya, termasuk mengenai penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pegawai dan pelantikan ketua pesuruhjaya.

Langkah itu bertujuan memberi kuasa kepada SPRM melantik dan memecat pegawainya, berbanding sekarang di mana tindakan itu terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pindaan terhadap Akta SPRM itu juga akan memberi kuasa kepada Yang di- Pertuan Agong melantik ketua pesuruhjaya SPRM, manakala tindakan terhadap sebarang salah laku atau pemecatan daripada jawatan itu perlu dilakukan melalui sebuah tribunal.

Bagaimanapun, sokongan majoriti dua pertiga daripada Anggota Parlimen diperlukan sebelum pindaan berkenaan boleh dikuatkuasakan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata kini, semua rakyat Malaysia perlu bersatu hati berbanding sebelumnya dalam usaha memerangi rasuah kerana ia merupakan isu yang merentasi semua parti, kerajaan atau pembangkang.

Tags / Kata Kunci: SPRM , Politik , Parlimen

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan