Keluarga Tun Razak Sangkal Spekulasi Harta Pusaka

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 11:02 PM

Allahyarham Tun Abdul Razak

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Empat anak kepada Allahyarham Tun Abdul Razak menyangkal spekulasi berhubung harta pusaka yang ditinggalkan oleh bapa mereka yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Datuk Johari Razak, Datuk Nizam Razak, Datuk Seri Nazir Razak dan Datuk Nazim Razak telah merujuk bapa mereka sebagai seorang yang berprinsip, dan terkenal dengan sifat kesederhanaan.

"Kami amat bimbang dengan beberapa 'posting' dan artikel berita baru-baru ini yang telah menimbulkan spekulasi tentang harta pusaka peninggalan arwah bapa kami, Tun Abdul Razak.

"Kami secara rasmi ingin menyatakan bahawa beliau adalah seorang yang berprinsip, terkenal dengan sifat kesederhanaan dan penuh integriti buat semua yang mengenali beliau dan sebarang kenyataan atau kesimpulan sebaliknya adalah sama sekali tidak benar dan akan membawa kepada kekeliruan terhadap beliau sebagai seorang yang menjadi memori kerana jasa dan pengorbanan untuk negara, " kata kenyataan itu.

Keluarga itu seterusnya berkata mereka akan berdepan dengan sesiapa sahaja yang cuba mencemarkan memorinya dengan apa motif sekali pun.

"Kami juga ingin menambah bahawa seluruh keluarga kami bersatu dalam isu ini," kata keluarga itu.

Kenyataan dibuat ekoran artikel di dalam The New York Times, yang telah membuat spekulasi mengenai kekayaan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan anak sulung Tun Abdul Razak.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan