JLKN Harap Bayaran Kos Operasi Kem PLKN Diputuskan Awal Mac

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) berharap isu pembayaran kos operasi kem berikutan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dapat diputuskan menjelang awal Mac ini.

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Mohamed Asri Yusof berkata, pada masa ini ia masih di peringkat perbincangan dengan pihak kerajaan yang akan membuat keputusan tersebut.

Menurutnya, JLKN telah mengemukakan pandangan mengenai keperluan untuk membela nasib pengusaha kem yang selama ini menyediakan kem di atas keperluan kerajaan untuk melaksanakan PLKN.

"Kita akan lihat apakah masalah dan situasinya, dan kita cuba untuk selesaikan bersama dengan pihak kerajaan. Setakat ini, keputusan itu masih belum dimuktamadkan lagi.

"Kita telah adakan perbincangan dengan pihak kerajaan beberapa kali dan yang terakhir pada awal bulan ini. Kita berharap keputusan mengenai bayaran itu dapat dicapai seawal-awalnya akhir bulan ini atau menjelang awal bulan depan.

"Kalau boleh, lagi cepat kita dapat keputusan, lagi cepat kita dapat bantu mereka (pengusaha kem) bagi menyelesaikan isu atau masalah yang dihadapi mereka akibat penangguhan PLKN,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada bulan lalu, dalam perutusan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara, mengumumkan bahawa PLKN ditangguh tahun ini dengan penjimatan sebanyak RM400 juta bagi membolehkan program itu dikaji semula dan ditambah baik.

Dilaporkan, pengusaha di 81 kem PLKN di seluruh negara diberi jaminan akan menerima bayaran bagi menampung kos operasi pada kadar minimum sepanjang tempoh penangguhan program itu.

Mengenai bayaran yang dicadangkan operator, Mohamed Asri berkata, tiada cadangan yang dibuat oleh mereka tetapi ia sudah tentu menumpukan kepada kos operasi kem.

Beliau menambah, antaranya membabitkan sewaan tempat dan kelengkapan, gaji pekerja, utiliti, kawalan keselamatan termasuk penyelenggaraan.

"Jumlah itu nanti adalah hasil pendekatan daripada persetujuan bersama. Ia akan mengambil kira kos menggunakan tempat itu,” katanya yang tidak dapat mendedahkan butiran kos operasi kerana ia masih di peringkat perbincangan oleh kerajaan.

Bagaimanapun katanya, kos itu sudah tentu tidak akan melibatkan pelatih memandangkan PLKN ditangguhkan.

Menurutnya, jika sebelum ini, ketika semua kem itu beroperasi untuk PLKN, secara purata kos yang ditanggung adalah RM46 bagi seorang pelatih setiap hari.

"Memandangkan kita sedang menangguhkan PLKN, jadi tiada bayaran untuk kos setiap pelatih. Bayaran yang dicadangkan adalah hanya kos operasi menggunakan kem itu,” katanya.

Tags / Kata Kunci: JLKN , PLKN

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan