Polis Perlu Perangi Jenayah, Bukan Pantau Media Sosial - Hishamuddin Rais

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 3:11 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat menggesa kerajaan supaya memansuhkan Akta Hasutan dan menghentikan semua pendakwaan menggunakan peruntukan itu.

"Sejak Mei 2014 hingga Februari tahun ini, lebih 40 orang menjadi mangsa akta berkenaan termasuk ahli politik, peguam, wartawan dan aktivis sosial," kata Hishamuddin Rais.

Bercakap pada sidang media pada Selasa, aktivis itu berkata, penahanan menggunakan akta berkenaan juga bertentangan dengan undang-undang hak asasi kemanusiaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kami berpendapat, polis tidak sepatutnya menghormati hak rakyat menuntut kebebasan bersuara dan berhimpun, malah juga melindungi hak itu supaya ia dapat dilakukan dengan bebas," kata Hishamuddin.

Beliau juga mengkritik tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Sesuatu yang mengejutkan apabila dia begitu aktif memantau media sosial ahli politik dan aktivis, menahan pihak yang menyuarakan kritikan sedangkan pada masa sama, MyWatch melaporkan berlaku peningkatan lebih 20,000 kes dalam masa lebih 60 hari pada 2014," katanya.

Tambahnya lagi, masyarakat dan NGO juga meminta supaya Khalid meletak jawatan.

"Kami meminta beliau (Khalid) meletak jawatan kerana tindakan dan kenyataannya memburukkan imej polis," kata Hishamuddin.

Pada sidang media sama, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, bermula 2013 hingga sekarang, 56 individu disiasat mengikut akta berkenaan.

"Ketika tiada lagi ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), mereka menggunakan Akta Hasutan untuk mendiamkan individu terbabit. Kami mahu ia dimansuhkan dan hentikan penggunaannya untuk mendiamkan pihak yang bertentangan pendapat. Kita mempunyai ruang untuk berbincang dan berdebat," katanya.

Pandangan sama dikongsi Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia, Shamini Darshini yang menganggap serangan terhadap aktivis kemanusiaan di Malaysia pernah dinyatakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu oleh Setiausaha Agung, Ban Ki Moon.

Sementara itu, Koordinator Program Lawyers for Liberty, Michelle Yesudas pula berpendapat, ruang demokrasi di negara ini semakin sempit.

Malah, katanya, penghakiman yang dihasilkan di mahkamah sepatutnya terbuka untuk kritikan kerana hakim tidak dilantik secara demokratik.



iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan