Hudud PAS-DAP: Lim Guan Eng 'Lari'

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 7:45 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sekali  lagi mengambil langkah selamat dengan bertindak 'melarikan diri' daripada wartawan apabila ditanya berhubung isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan yang membabitkan pertikaian antara DAP dan PAS.

Malah Lim juga seolah-olah 'mempermainkan' wartawan dengan berkata akan mengulas lebih lanjut pada rumah terbuka exco kerajaan negeri apabila ditanya tentang perang mulut antara Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan pengerusi Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo berhubung hudud.

Sebaliknya, ketua menteri Pulau Pinang itu tetap tidak menjawab soalan berhubung perkara itu ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow.

Ketika ditanya soalan sama berulang kali, Lim hanya berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan bertulis sekiranya perlu.

Akhbar melaporkan Gobind Singh, yang juga anggota Parlimen Puchong, menerusi kenyataannya baru-baru ini, memberi amaran bahawa PAS tidak akan dilihat sebagai sebahagian daripada pakatan pembangkang jika parti itu membentangkan rang undang-undang berkaitan hudud bulan depan kerana pelaksanaan hukum terbabit tidak mendapat sokongan sekutu dalam pakatan.

Takiyuddin, yang juga anggota Parlimen Kota Baharu dan Ketua Sekretariat Tetap Kanun Jenayah Syariah Kelantan, kemudiannya berkata PAS tidak akan tunduk kepada DAP dalam usaha melaksanakan Enakman Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau hudud di Kelantan, sebaliknya DAP disaran keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tidak bersetuju dengan perjuangan PAS itu.

Persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan dari 16 hingga 19 Mac ini adalah bagi pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Tags / Kata Kunci: Hudud , PAS

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan