Ibu Koma, Tiga Beradik Hilang Tempat Bergantung

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 1:07 PM

(Ubah saiz teks)

YAN: Tiga beradik hilang tempat bergantung selepas ibu mereka terlantar dan tidak sedarkan diri di hospital selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian otak pada 1 Feb lepas.

Saadiah Omar, 46, yang juga ibu tunggal, kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar berikutan mengalami kerosakan buah pinggang selepas tiga hari pembedahan dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Adik Saadiah, Yaakob Omar, 42, berkata kakaknya yang tinggal di Kampung Sungai Daun Tengah di sini sebelum ini bekerja sebagai nelayan bagi menyara kehidupan keluarga serta tiga anaknya yang masih bersekolah.

Katanya penyakit menimpa kakaknya dikesan setahun lepas apabila penglihatannya mula kabur menyebabkan dia tidak dapat pergi ke laut selain sering mengalami sakit kepala.

"Kakak saya mahu lakukan pembedahan secepat mungkin dengan harapan cepat sembuh dan dapat kembali mencari rezeki untuk anak-anak dia. Doktor sebelum ini memberitahu pembedahan berisiko tapi dia tetap hendak lakukannya," katanya.

Yaakob berkata tiga anak saudaranya itu iaitu Nur Shamira Abd Yazid, 15, Muhammad Nor Hisham, 13, dan Muhammad Nor Hafizi, 7, kini tinggal di rumahnya di Kuala Sungai Limau sejak dua minggu lepas.

Sebagai seorang nelayan dengan pendapatan yang tidak menentu, dia menaruh harapan supaya orang ramai menghulurkan bantuan kepada tiga beradik tersebut bagi membolehkan mereka meneruskan persekolahan seperti biasa.

Katanya Nur Shamira yang kini berada di tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Yan memerlukan buku rujukan tambahan bagi menghadapi peperiksaan Petaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

"Muhammad Nor Hisham yang bersekolah di Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Lil Banil di Batu Menunggol, Pendang memerlukan yuran pengajian sebanyak RM100 setiap bulan dan Muhammad Nor Hafizi yang juga Orang Kelainan Upaya juga memerlukan lampin pakai buang," katanya.

Menurut Nur Shamira, disebabkan keadaan kesihatan ibu yang tidak mengizinkan dia terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga dan menjaga kebajikan adik-adiknya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Yaakob di talian 019-4265996 atau terus ke akaun Bank Simpanan Nasional 02103-29-00001522-1 atas nama Yaakob Omar.

Tags / Kata Kunci: Alor Setar , Ibu Tunggal

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan