Bukit Aman Berwaspada Taktik Terbaharu IS Pikat Gadis Untuk 'Jihad Seks'

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 8:50 AM

Tiga pelajar perempuan yang dilaporkan hilang dan disyaki meninggalkan London untuk menyertai kumpulan IS.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bukit Aman sedang berjaga-jaga terhadap  taktik terbaharu kumpulan pengganas Negara Islam (IS) yang digunakan untuk menarik perhatian gadis-gadis dari seluruh dunia bagi menyertai barisan mereka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kumpulan militan itu telah cuba untuk menarik perhatian remaja perempuan seawal usia 14 dan 15 tahun untuk menyertai aktiviti mereka, termasuklah jihad seks.

"Kami tidak akan membenarkan mereka diekploitasi oleh IS atau mana-mana kumpulan pengganas lain.

"Kami sedang mengumpul sumber untuk memastikan bahawa mereka tidak jatuh ke dalam perangkap tersebut," katanya kepada The Star, Ahad.

Sambil menegaskan bahawa pihaknya sedang memantau keadaan ini dengan teliti, Ayob Khan menasihatkan ibu bapa supaya lebih berhati-hati terhadap aktiviti anak-anak mereka.

"Remaja perempuan dengan mudah boleh dipengaruhi oleh militan melalui media sosial, terutamanya Facebook.

"Oleh itu, ibu bapa, sila mainkan peranan dengan memantau aktiviti anak-anak anda," katanya.

Ayob Khan berkata, walaupun bahagian ini telah berjaya menggagalkan percubaan tujuh wanita Malaysia daripada pergi ke Syria untuk bergabung dengan kumpulan militan sejak tahun lepas, tujuh yang lain telah berjaya pergi ke sana, sambil menambah kebanyakan mereka berusia 20-an.

"Yang paling muda setakat ini berusia 14 tahun yang ditahan minggu lalu," katanya.

Gadis itu telah ditahan di KLIA ketika cuba untuk terbang ke Kaherah, kononnya untuk berkahwin dengan seorang pelajar di sana sebelum pergi ke Syria.

Ayob Khan berkata penangkapan terbaharu mencerminkan trend membimbangkan apabila IS dilihat sedaya-upaya mempengaruhi minda anak-anak muda dari seluruh dunia untuk menyertai menyertai barisan pengganas.

Pihak berkuasa Scotland Yard  kini sedang mencari tiga remaja perempuan yang dipercayai pergi ke Syria melalui Turki untuk menyertai IS.

Mereka adalah Shamima Begum, 15, yang boleh menggunakan nama Acklina Begum, dan Kadiza Sultana, 16. Gadis ketiga, 15, tidak dinamakan atas permintaan keluarganya.

Seorang rakan mereka, juga berusia 15 tahun, dikatakan telah menyertai militan pada bulan Disember.

Pada November, seorang gadis Belanda berusia 19 tahun telah dibawa pulang oleh ibunya setelah berkahwin dengan seorang pejuang IS di Syria.

Terdahulu pada Ahad, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata terdapat beberapa individu di negara ini yang terpengaruh dengan aktiviti-aktiviti kumpulan militan.

"Keupayaan mereka untuk merekrut anak-anak muda untuk perjuangan mereka yang salah adalah membimbangkan. Sehingga kini, terdapat beberapa orang anak muda kita yang bukan sahaja menyertai mereka di wilayah IS sebagai penyokong tetapi juga terlibat secara langsung dalam aktiviti ketenteraan seperti pengeboman bunuh diri.

"Berdasarkan pengalaman negara-negara jiran, kita juga perlu memberi perhatian serius terhadap IS," katanya.]

Beliau memberi jaminan bahawa polis dan unit-unit perisikan pasukan polis dan tentera mempunyai keupayaan untuk memantau pergerakan kumpulan-kumpulan kumpulan-kumpulan militan dan tidak akan membiarkan mereka berkembang ke satu tahap di mana mereka boleh mengancam keselamatan negara.

Katanya, ibu bapa perlu sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka untuk mengelakkan mereka dari terlibat dalam kumpulan pengganas seperti IS.
Tags / Kata Kunci: IS , Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay , gadis IS

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan