Makmal PLKN Mula Kumpul Pandangan, Teliti Cadangan - KP JLKN

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Makmal Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bermula Isnin akan menyaksikan perbincangan terperinci dilakukan bagi mengumpul pandangan dan cadangan berhubung langkah transformasi serta penambahbaikan program itu.

Seramai 85 anggota tetap makmal dijangka hadir pada sesi perbincangan makmal itu, terdiri daripada wakil pelbagai bidang seperti pemain industri, pengusaha  kem PLKN, alumni, ibu bapa, agensi kerajaan dan swasta.

Pada masa sama, orang perseorangan turut dialu-alukan untuk memberikan pandangan mereka menerusi penyertaan secara tidak tetap sepanjang tempoh tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Mohamed Asri Yusof berkata, kesemua anggota makmal akan diberi penerangan dan rangka kerja pelaksanaan makmal yang berlangsung dari 23 Februari sehingga 27 Mac depan.

“Ini adalah program bersifat perbincangan. Kita akan membincangkan isu-isu berbangkit dan mengemukakan penyelesaian atau cadangan.

“Bermula minggu pertama ini, kita akan dapat sebanyak mana cadangan yang  boleh memperbaiki (PLKN) sama ada secara jangka pendek, sederhana dan panjang.

“Perkara ini akan berterusan selama lima minggu. Kita akan bincang banyak perkara dari pelbagai aspek seperti pengurusan pusat latihan, pelatih, jurulatih, kokurikulum dan kemudahan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Mohamed Asri berkata, persiapan sudah dibuat sejak 13 Februari lalu dari segi penyediaan bahan dan format makmal yang bermula 23 Februari.

“Kita jemput banyak pihak dan kita akan lihat sambutannya macam mana esok (Isnin). Kita akan fokus kepada isu berkaitan PLKN.

“Ini kerana kita mahu PLKN memberi manfaat kepada belia dan kerajaan yang membuat pelaburan terhadap program ini pula mendapat pulangan pelaburan (ROI).

“Matlamat kita adalah menghasilkan belia yang diperlukan negara iaitu bertoleransi, sayangkan negara. Kita akan melihat dari segala sudut,” katanya.

Beliau menambah, kunci utama makmal ini bertujuan untuk meneruskan PLKN dengan melakukan penambahbaikan dan transformasi secara menyeluruh.

“Makmal ini akan menghasilkan kaedah dan hala tuju terbaik bagi mencapai objektif berkesan.

“Kita dapati generasi muda memerlukan pengisian dalam bentuk minda, kemahiran, kelangsungan dan kerjaya. Kita akan dapat pandangan semua,” katanya.

Mohamed Asri berkata, selepas itu setiap cadangan akan diteliti secara keseluruhan mengenai pratikal pelaksanaannya bagi jangka pendek dan panjang.

“Kita akan lihat pandangan dan cadangan baharu untuk menghasilkan kaedah baharu yang terbaik. Kita akan lihat juga berdasarkan peruntukan undang-undang, sekiranya ia perlu dipinda, kita akan buat pindaan,” katanya.

PLKN diperkenalkan pada 2004 sebagai platform melatih dan menanam semangat cintakan negara serta membentuk jati diri dan personaliti yang utuh dalam kalangan golongan muda.

Seramai 832,712 pelatih telah dilahirkan menerusi program ini sepanjang 10 tahun ia diperkenalkan.

Dalam perutusan khas tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara pada 10 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penangguhan PLKN bagi sesi 2015 sebagai langkah penjimatan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia. 

Tags / Kata Kunci: PLKN , Mohamed Asri Yusof , JLKN

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan