Sirul Azhar: PKR Mohon Temu Bual Terbuka

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 3:10 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun PAS berjaya mengadakan telesidang dengan Koperal Sirul Azhar Umar pada petang Isnin, namun Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba mencuri perhatian dengan mendakwa akan mengemukakan permohonan rasmi kepada kerajaan Australia untuk mengadakan sesi temuramah media dengan pesalah kes bunuh itu

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berpendapat, temu bual Sirul boleh dijadikan alasan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka semula siasatan kes pembunuhan model, Altantuya Shaariibuu.

"Saya sudah membincangkan tentang kedudukan Sirul dengan beberapa Ahli Parlimen Australia. Saya faham Sirul tidak boleh memberikan wawancara televisyen atau media tanpa kebenaran kerajaan Australia.

"Kami berharap agar dapat memanfaatkan hubungan baik dengan rakan-rakan kami di Parlimen Australia untuk mendapatkan kebenaran daripada kerajaan mereka," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Isnin.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, parti itu juga sedang mendapatkan bantuan seorang Ahli Parlimen untuk berjumpa sendiri dengan Sirul bagi memastikan keselamatannya terjamin.

"Perkara ini telah menjadi isu bilateral dan seluruh dunia memberikan tumpuan terhadap kes pembunuhan Altantuya. Kita berharap untuk mendapatkan maklum balas daripada Ahli Parlimen Australia dalam tempoh satu atau dua minggu lagi," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, PKR juga akan melancarkan kempen laporan polis secara besar-besaran mendesak agar pihak berkuasa membuka semula siasatan berhubung kes pembunuhan Altantuya dibuka semula.

"Cabang-cabang PKR dan wakil rakyat PKR akan membuat laporan polis mendesak agar siasatan dibuka semula.

"Kami akan mengemaskini laman Twitter Ketua Polis Negara dengan nombor-nombor laporan polis agar beliau turut sama memberi tumpuan kepada kes pembunuhan Altanytuya.

"Kita mahu melihat respon beliau terhadap laporan polis yang dibuat oleh ahli-ahli PKR di seluruh negara," katanya.

Tags / Kata Kunci: PKR , PAS

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan