Pindaan Akta Anti Pemerdagangan Orang Dibentang Bulan Depan

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 7:10 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membentangkan pindaan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 pada sidang Dewan Rakyat bulan depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menyatakan komitmen Malaysia untuk memerangi pemerdagangan manusia kepada Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi pemerdagangan orang terutama wanita dan kanak-kanak, Maria Grazia Giammarinaro, yang mengunjunginya di sini Isnin, beliau berkata cadangan pindaan itu akan memastikan tindakan Malaysia sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa.

"Ia juga akan membantu memperbaiki kedudukan Malaysia semasa laporan tahunan Pemerdagangan Orang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat, terutama bagi 2015," kata beliau kepada pemberita selepas pertemuan itu di pejabatnya di sini.

Ahmad Zahid berkata Malaysia akan terus menambah baik inisiatif untuk memerangi jenayah seperti itu termasuk mengukuhkan Majlis bagi Sekretariat Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO), yang kini dikenali sebagai Pejabat Strategik Nasional untuk MAPO (NSO-MAPO) sejak bulan lepas.

Beliau berkata Pelapor Khas PBB itu melahirkan penghargaan beliau terhadap  inisiatif Malaysia bagi memerangi masalah pemerdagangan manusia.

Giammarinaro dalam rangka lawatan di Malaysia bermula Isnin hingga Sabtu atas jemputan kerajaan sebagai sebahagian daripada komitmen dan ikrar negara semasa Laporan Kajian Semula Berkala Universal (UPR) kedua dikeluarkan pada 24 Oktober 2013 di Geneva.

Beliau juga dijangka melawat ke pusat-pusat perlindungan bagi mangsa pemerdagangan mansuia selain mengadakan pertemuan dengan agensi penguat kuasa berkaitan dan pengamal undang-undang.

Giammarinaro dijadual membentangkan laporannya mengenai Malaysia kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva pada Jun ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan