Pengguna Perlu Terus Pantau Harga - PPIM

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 4:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna perlu terus melakukan pemantauan harga sebagai inisiatif menjayakan program penurunan harga barang di beberapa buah pasar raya seluruh negara yang akan dilancarkan pada 1 Mac ini, kata aktivis kepenggunaan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata meskipun kerajaan giat berusaha menangani isu kenaikan harga barang, pengguna sendiri harus bijak mengawal perbelanjaan dan membuat pilihan jika ada pihak yang sengaja menaikkan harga barang.

"Contohnya, air mineral dijual pada harga yang mahal adalah lebih baik dijual mengikut konsep Pelabelan Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP) agar harga dapat diselaraskan. Saya rasa kerajaan juga perlu wujudkan barangan tertentu yang mempunyai penanda aras dengan cara ini harga barang dapat dikawal," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata program penurunan harga barang, yang diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek minggu lepas, membuktikan kerajaan mendengar dan prihatin membela nasib rakyat.

"Inilah yang pengguna mahu lihat apabila ada pihak berani buat keputusan untuk membantu rakyat. Ada pengeluar dan pembekal mereka menjual barang pada harga yang tinggi ini menyebabkan peniaga kecil terpaksa menjual kepada pengguna dengan kadar harga yang tidak sepatutnya," katanya.

Program penurunan harga barang secara besar-besaran mulai 1 Mac ini menawarkan potongan harga antara 10 hingga 20 peratus dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk beberapa buah pasar raya iaitu Tesco, AEON, New Seng Kee (NSK), Sunshine dan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin).

Sementara itu, seorang pemilik 'Mom's Kitchen Restaurant' Ruksanna Begum Hassan, 35, berkata program penurunan harga barang itu dapat membantu golongan peniaga dan pengguna membeli barang-barang keperluan dengan harga lebih rendah.

"Saya rasa sangat berbaloi jika ada penurunan harga barang khususnya barang-barang basah seperti ikan, sayur, telur dan daging.

"Dalam perniagaan makanan ini, saya selalu membeli bahan mentah dengan kuantiti banyak dan mencari pembekal yang boleh tawarkan harga murah... dengan cara ini kos tidak terlalu tinggi," katanya yang mengusahakan restoran masakan Melayu sejak lima tahun lalu di Kampung Melayu Majidee Johor Bahru.

Ruksanna berkata sebagai peniaga, mereka juga perlu mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak hanya tahu untuk mengaut keuntungan sahaja.

Tags / Kata Kunci: PPIM

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan