Sains SPM: Tiada Lagi Kertas 3, Pelajar Perlu Buat Eksperimen Secara Individu

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 9:28 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Komponen praktikal dalam sains akan diperkenalkan semula untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, satu langkah yang dibuat selaras dengan pembatalan Kertas 3 (ujian bertulis) untuk subjek Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan.

Langkah itu kali pertama telah dicadangkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 sebagai sebahagian daripada pembaharuan untuk mengukuhkan kualiti pendidikan Sains di sekolah-sekolah.

Sekolah-sekolah, secara rasmi telah diberitahu tentang perubahan ini melalui pekeliling yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Jun lalu.

Pekeliling tersebut ditandatangani oleh pengarah pada ketika itu, Dr Na'imah Ishak, yang berkata langkah itu bagi 'memastikan semua pelajar aliran sains menguasai kemahiran proses sains'.

Di bawah langkah ini, pelajar perlu menjalankan eksperimen secara individu berdasarkan arahan yang diberi, dan markah mereka akan dikurangkan jika pengawas cuba untuk membantu mereka.

Ujian sains praktikal telah dijalankan untuk SPM sehingga 1999, apabila ia telah digantikan dengan ujian bertulis dan Penilaian Kerja Amali Sains (Peka).

Walaupun pelajar diberi markah untuk Peka dari Tingkatan Empat, markah tersebut tidak diambil kira dalam gred SPM mereka.

Selain itu, walaupun Peka tidak lagi akan dijalankan bagi empat mata pelajaran tersebut, pekeliling mengingatkan sekolah-sekolah untuk 'memastikan bahawa kerja amali untuk Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan dijalankan mengikut sukatan pelajaran'.

Seorang guru kanan Kimia dari Lembah Klang mengalu-alukan perubahan itu dengan berkata pelajar memerlukan peperiksaan untuk memberi motivasi kepada mereka.

"Malangnya apabila berlaku situasi ini ramai pelajar dan ibu bapa, dan juga sebahagian guru mempunyai pemikiran bahawa jika sesuatu itu tidak mempunyai kaitan dengan keputusan SPM, maka tidak ada keperluan untuk mengambil perhatian serius terhadapnya."

Sementara itu, seorang pembantu makmal di sebuah sekolah menengah di Johor memberi gambaran bahawa sesetengah sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar, masih tidak mempunyai makmal yang lengkap.

"Kementerian, pada tahun sebelum ini telah meminta sekolah-sekolah memaklumkan tentang status makmal sains mereka, sama ada ia mempunyai peralatan cukup.

"Mereka perlu memastikan bahawa semua sekolah mempunyai kemudahan yang mencukupi sebelum melaksanakannya," katanya.

Satu kajian oleh Lembaga Peperiksaan pada tahun 2013 menunjukkan hampir 30 peratus daripada sekolah mempunyai makmal yang kurang sempurna dari segi kelengkapan, dengan enam peratus tidak mempunyai makmal yang sempurna.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (PAGE) Datin Noor Malaysia Azimah Abdul Rahim memuji langkah itu.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan