Kempen Penurunan Harga Selama Sebulan

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 4:54 PM

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima replika kunci daripada Hasan Malek pada majlis penyerahan bas tajaan tersebut di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kempen penurunan harga di seluruh negara bermula 1 Mac ini akan dilaksanakan selama sebulan dan mungkin dilanjutkan jika perlu, bergantung kepada maklumbalas daripada pengguna.

"Jika pengguna berpuas hati dengan penurunan harga, kempen berkenaan akan diteruskan.

"Sebaliknya, jika mereka merasakan kempen itu tidak memberi manfaat kepada mereka, kita akan hentikan kempen itu," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata kempen itu direalisasikan susulan penglibatan kementerian dengan agensi berkaitan, pasaraya, pemborong, pedagang, peruncit dan pengguna.

Harga akan dikurangkan antara 10 dan 20 peratus dengan kerjasama pihak industri dan pasaraya utama, katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan bas tajaan Bank Rakyat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia di sini Isnin.

Hasan berkata kempen yang tepat pada masanya itu akan dilancarkan sehari selepas pengumuman kerajaan mengenai harga baharu bahan api pada 28 Februari.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada syarikat dan perniagaan yang secara terbuka menyertai kempen itu termasuk Nestle dan pasaraya seperti Aeon, Mydin, Giant, Tesco, The Store, Econsave, UO Superstore dan NSK Supermarket.
Tags / Kata Kunci: Hasan Malek , KPDNKK , turun harga

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan