DAP Boleh Keluar Pakatan Jika Tidak Setuju Hudud - PAS

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 11:22 PM

Takiyuddin Hassan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: PAS tidak akan tunduk kepada DAP dalam usaha melaksanakan Enakman Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau hudud di Kelantan sebaliknya DAP disaran keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tidak bersetuju dengan perjuangan PAS itu.

Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata DAP tidak boleh menghalang PAS daripada melaksanakan undang-undang itu di Kelantan kerana pakatan pembangkang yang diwujudkan pada 2008 bukan kepunyaan DAP.

"Pakatan pembangkang bukan kepunyaan DAP, pakatan pembangkang tidak ada ketua, kalau dia (DAP) tak setuju dia keluar dari pakatan rakyat, kenapa suruh kita keluar dan dia tidak boleh keluarkan kita (PAS)," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Baharu dan Ketua Sekretariat Tetap Kanun Jenayah Syariah Kelantan, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan.

Akhbar melaporkan Gobind menerusi kenyataannya baru-baru ini, memberi amaran bahawa PAS tidak akan dilihat sebagai sebahagian daripada pakatan pembangkang jika parti itu membentangkan rang undang-undang berkaitan hudud bulan depan kerana pelaksanaan hukum terbabit tidak mendapat sokongan sekutu dalam pakatan terbabit.

Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dari 16 hingga 19 Mac ini adalah bagi pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Takiyuddin berkata tidak ada mana-mana parti dalam pakatan pembangkang sama ada DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang boleh menghalang PAS daripada melaksanakan undang-undang berkenaan di Kelantan kerana enakman berkenaan diluluskan pada 1993 oleh DUN Kelantan iaitu sebelum wujudnya pakatan pembangkang.

Beliau berkata DAP dan PKR sudah maklum mengenai pelaksanaan undang-undang berkenaan kerana ia pernah dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan tertinggi pakatan pembangkang dan juga pimpinan DAP pada 2011.
Tags / Kata Kunci: Takiyuddin Hassan , PAS , DAP , PKR

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan