Anwar Kekal Di Penjara, Tiada Permohonan Pengampunan - Rafizi

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 12:44 PM

Rafizi Ramli
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengesahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan memohon pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong berhubung sabitan kes liwat yang dihadapinya.

Beliau berkata, sehingga kini Anwar tidak pernah memberikan sebarang arahan kepada pasukan peguam belanya untuk berbuat demikian.

"Setakat apa yang saya ketahui Anwar tidak pernah beri sebarang arahan (memohon pengampunan daripada Agong).

"Dia (Anwar) tidak bersalah," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Isnin.

Pada 10 Februari, Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Anwar ketika ini sedang menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dijangka menghantar notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya selepas tempoh 14 hari bagi mengadakan pilihan raya kecil memandangkan Anwar tidak memohon pengampunan dari Yang Di Pertuan Agong.

Dalam ringkasan penghakimannya, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendapati, dakwaan konspirasi politik oleh pasukan pertahanan merupakan tuduhan tidak berasas.

Beliau juga bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang Saiful ialah seorang saksi yang boleh dipercayai.

Dalam perkembangan lain, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata jawatan Ketua Pembangkang masih belum dibincangkan lagi oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

"Anwar masih lagi Ketua Pembangkang buat masa ini. Kita hanya akan bincangkan calon yang sesuai selepas Speaker Dewan Rakyat mengumumkan kekosongan kerusi Anwar di Parlimen dan Suruhanjaya Pilihan Raya menentukan tarikh pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh.

"Masih terlalu awal untuk bincang isu ini Anwar masih lagi Ahli Parlimen. Tunggulah sehingga SPR dan Pandikar umumkan kekosongan baru Pakatan akan adakan mesyuarat," katanya.

Tags / Kata Kunci: PKR , Liwat , Anwar Ibrahim

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan