PAS Bentang RUU Hudud Akan Bawa Perpecahan Pakatan Rakyat - DAP

Diterbitkan: Ahad, 22 Februari 2015 4:05 PM

Gobind Singh Deo.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: DAP memberi amaran kepada PAS bahawa parti tidak lagi dilihat sebagai sebahagian daripada Pakatan Rakyat sekiranya ia membentangkan rang undang-undang (RUU) Hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 18 Mac depan.

Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, ini kerana RUU itu tidak akan mendapat sokongan daripada pakatan pembangkang dan ia bukan sebahagian daripada rangka kerja dasar bersama mereka.

Beliau turut berkata, RUU itu akan bertentangan dengan persetujuan yang dicapai di kalangan kepimpinan Pakatan sebelum ini di mana kerajaan negeri Kelantan telah diberitahu untuk membentangkan pindaan kepada Akta Kesalahan Jenayah Syariah II Akta 1993 kepada DAP dan PKR sebelum ia dibentangkan.

"...Ia telah difahami dengan jelas bahawa perlu ada perbincangan lanjut di antara ketiga-tiga pihak sebelum sebarang langkah-langkah seterusnya yang diambil dalam perkara itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Puchong.

Gobind berkata, jika PAS meneruskan RUU berkenaan, ia akan menunjukkan langkah itu akan memberikesan kepada rangka kerja dasar bersama pakatan itu.

"Jika ia berlaku, pemimpin-pemimpin PAS di sebalik langkah ini mesti cukup berani untuk mengakui bahawa mereka telah menolak PAS berpisah daripada Pakatan Rakyat dan menimbulkan persoalan mengenai kredibilitinya dari segi memperlihatkannya sebagai sebuah parti yang memberi tumpuan dan mahu bekerja memperkukuhkan Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau kemudiannya mengingatkan PAS bahawa ia bukan seharusnya dijadikan amaran buat DAP supaya menjauhkan diri daripada hal ehwal parti itu di Kelantan.

"PAS harus ingat bahawa selagi ia memilih untuk kekal dalam Pakatan Rakyat, DAP bukan sahaja mempunyai hak tetapi juga berkewajipan untuk memastikan bahawa PAS tidak bertindak apa-apa cara yang melemahkan rangka kerja dasar bersama," katanya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dilaporkan berkata, bantahan DAP tidak akan memujuk PAS daripada mencuba untuk melaksanakan hukum Hudud di negeri pantai timur itu. 

Tags / Kata Kunci: Gobind Singh Deo , DAP , PAS , Hudud

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan