Belon Udara Panas 'Mendarat' Di Kawasan Kubur

Diterbitkan: Ahad, 22 Februari 2015 10:42 AM

Sebuah belon udara panas yang 'mendarat' di kawasan perkuburan. Foto ZHAFARAN NASIB / THE STAR

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sebuah belon udara panas yang berlepas dari kawasan Fiesta Belon Udara Panas Pulau Pinang mencetuskan kekecohan di kalangan orang awam apabila ia "mendarat" di sebuah kawasan perkuburan di Air Itam di sini.

Orang ramai yang berada di kawasan sekitar bergegas ke lokasi kejadian apabila mereka melihat belon itu mendarat di "tempat yang salah".

Gambar-gambar belon yang "tersalah mendarat" itu tersebar sehingga menjadi viral di media sosial.

Ketua Pegawai Ekesekutif Penang Global Tourism (PGT), Ooi Chok Yan menjelaskan bahawa kesemua tiga belon udara panas mendarat dengan selamat di dalam lingkungan 3.7 kilometer dari kawasan ia berlepas di Taman Perbandaran Pulau Pinang.

"Kesemua tiga belon itu melakukan penerbangan dan pendaratan yang lancar.

"Pengendali belon udara panas itu memilih ruang yang terbaik di kawasan yang lapang dalam lingkungan itu untuk mereka mendarat selamat," katanya sambil menambah bahawa belon itu mendarat di jalan di kawasan perkuburan dan bukannya di atas mana-mana kubur.

Tags / Kata Kunci: belon udara panas

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan