Aktiviti Pembalakan Tak Terkawal Antara Punca Banjir Besar - Ku Li

Diterbitkan: Ahad, 22 Februari 2015 4:21 PM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak pembukaan tanah pertanian dan aktiviti pembalakan tidak terkawal antara punca kejadian banjir besar melanda Kelantan akhir Disember lepas.

Beliau berkata, kesan daripada kegiatan itu juga menjadi penyebab beberapa sungai utama khususnya Sungai Belatop di Lojing menjadi cetek dan mudah melimpahi tebing apabila hujan lebat pada musim tengkujuh.

"Saya tidak menolak kemungkinan banjir besar baru-baru ini berpunca daripada kegiatan berkenaan dan penduduk di kawasan rendah yang mudah dinaiki air di Hulu Kelantan perlu bersiap sedia menjelang musim tengkujuh akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wangi 2 di sini, Ahad.

Selain itu, Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata penduduk Orang Asli di beberapa kampung sekitar Pos Brooke dan Lojing sebelum ini pernah menyuarakan kebimbangan mereka berhubung pembukaan tanah tidak terkawal itu.

"Suara mereka menjadi kenyataan dalam kejadian banjir besar baru-baru ini dan kita tidak menduga sama sekali kejadian berkenaan berlaku dengan begitu cepat sekali," katanya.

Katanya, pihak berwajib sepatutnya membuat pemantauan rapi supaya setiap aktiviti pembukaan tanah dan pembalakan dilakukan mengikut cara terbaik.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan