Muhammad Shafee Hanya Jelaskan Perkara Sebenar - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Ahad, 22 Februari 2015 5:13 PM

Ahmad Maslan

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berpendapat tindakan ketua pendakwa raya dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengadakan ceramah tentang kes itu hanyalah untuk menjelaskan perkara sebenar.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, tindakan Muhammad Shafee adalah untuk menjelaskan kes tersebut bukanlah satu konspirasi seperti didakwa.

Mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) berhak untuk menjemput beliau bagi memberikan ceramah, katanya.

"Saya kira itu terpulang kepada NGO untuk jemput beliau, dan beliau pula tidak boleh disekat, sebab pembangkang pun asyik tuduh (kes liwat Anwar) konspirasi.

"Kalau kebetulan (ceramah) dihebahkan di kawasan tertentu dan selepas itu orang UMNO nak datang, tidak ada siapa boleh halang," kata Ahmad kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua penerangan bahagian UMNO Kedah, Ahad.

Ahmad berkata tindakan Muhammad Shafee melakukan siri ceramah tersebut juga bukanlah atas desakan UMNO mahupun kerajaan, sebaliknya bercakap atas jemputan NGO.

"Malaysia negara bebas, asal tidak sebar fitnah cukuplah, dan saya yakin dia (Muhammad Shafee) tidak sebar fitnah," katanya.

Semalam, Muhammad Shafee mengadakan siri jelajah dinamakan 'Sejenak Bersama TS Shafee Abdullah di Permatang Pauh, bagi menjustifikasikan penghakiman kes liwat II terhadap Anwar.

Ceramah tersebut dianjurkan oleh sebuah NGO.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan