Wanita Cedera Diserang Gajah

Diterbitkan: Sabtu, 21 Februari 2015 10:27 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang wanita berusia 57 tahun cedera ringan apabila dia dan suami, pada Khamis diserang seekor gajah dalam kejadian di pantai timur daerah Telupid.

Penolong Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Dr Sen Nathan berkata gajah dengan ketinggian 2.3 meter itu mencederakan Justina Ompang yang sedang berjalan ke tempat kerja dengan suaminya di Kampung Gambaron, kira-kira 2 km dari pekan Telupid, sekitar pukul 6.20 pagi.

Justina dan suaminya Khunyan Basimah, 40, berjalan keluar dari rumah mereka apabila mereka terserempak dengan gajah tersebut yang sedang berdiri di tepi jalan.

Gajah biasanya akan berundur ke dalam hutan berhampiran apabila melihat manusia tetapi dalam kejadian ini, gajah itu menghampiri pasangan itu dan menghayunkan belalainya terhadap Justina.

Khunyan menjerit untuk mengalihkan perhatian gajah itu dan tindakannya berhasil apabila gajah itu dengan segera berhenti menyerang isterinya dan berlari ke dalam kawasan hutan.

Penduduk kampung kemudian segera membawa Justina ke hospital Telupid di mana dia dirawat kerana mengalami lebam-lebam di bahagian atas badan.

Dr Sen berkata lebih daripada 30 ekor gajah dalam empat kumpulan berbeza telah menyebabkan kerosakan teruk terhadap tanaman penduduk kampung dan juga merosakkan kenderaan di beberapa kampung.

Beliau berkata renjer jabatan dan kakitangan Unit Penyelamat Hidupan Liar telah bekerja sepanjang masa menjalankan Operasi Kawalan Gajah dengan menghalau gajah masuk ke dalam hutan.

"Dengan perkembangan baru ini, kita telah meningkatkan operasi. Operasi melibatkan kos yang sangat mahal, kira-kira RM20,000 ke RM30,000 bagi setiap ekor gajah tetapi untuk keselamatan penduduk kampung kita perlu melakukannya, "katanya.

Pengarah Jabatan William Baya berkata konflik manusia-gajah telah meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini di kawasan habitat gajah di bahagian tengah dan selatan timur Sabah.
Tags / Kata Kunci: diserang gajah , Dr Sen Nathan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan