Lebih 100 Anggota Majlis Peguam Gesa Presiden Tarik Kenyataan

Diterbitkan: Sabtu, 21 Februari 2015 11:06 PM

Christopher Leong

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gesaan lebih 100 anggota Majlis Peguam supaya presidennya Christopher Leong menarik balik kenyataan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi isyarat agar Leong tidak sewenangnya membuat kenyataan. 

Mengulas gesaan itu, Pengerusi Suka Guam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata Majlis Peguam perlu bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih dan tidak menunjukkan kecenderungan melulu menyokong sesuatu pihak dalam perbicaraan.  

"Jika pimpinan Bar Council (Majlis Peguam) masih ingin menguji kesabaran majoriti peguam, nantikan kebangkitan peguam seluruh negara. 

"Mereka kini sudah hilang sabar dengan kerenah pimpinan majlis itu yang sudah semakin jauh tersasar dari fungsi sebenar penubuhan badan itu," kata Khairul Anwar yang juga Ketua Sekretariat Perundangan Umno. 

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, beliau berkata satu siri jelajah bertemu dengan para peguam serta lulusan undang-undang dari seluruh negara akan diadakan bagi mendapatkan maklum balas terutama mengenai cadangan membentuk sebuah lagi badan guaman seperti diamalkan di negara-negara lain.  

Khairul Anwar meminta peguam yang ingin menyatakan sokongan terhadap tindakan berkenaan menghubungi sekretariat SukaGuam melalui emelsukaguam@gmail.com. 

Sementara itu, seorang anggota Majlis Peguam, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata Leong perlu mengemukakan permohonan maaf yang jelas dan tanpa syarat kepada badan kehakiman.     

Kumpulan anggota Majlis Peguam itu turut menggesa Leong meletak jawatan jika beliau enggan menarik balik kenyataannya.  

Pada 10 Februari, Anwar gagal dalam rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun. 

Anwar kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.  -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Majlis Peguam , Christopher Leong

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan