Penyiasat Antarabangsa Periksa Bangkai Pesawat MH17 Di Belanda

Diterbitkan: Sabtu, 21 Februari 2015 12:50 PM

(Ubah saiz teks)

AMSTERDAM: Penyiasat antarabangsa yang mengkaji nahas pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH17 di Ukraine Julai lalu bertemu untuk mengadakan rundingan kali pertama minggu ini, memeriksa corak dan kesan pada fiuslaj  pesawat, menurut pegawai Belanda, Jumaat.

Pesawat Boeing 777 terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 298 penumpang dan anak kapal apabila terhempas tanpa sebarang amaran di kawasan konflik di antara puak pemisah yang disokong Moscow dan tentera kerajaan Kiev.

Bahagian-bahagian pesawat telah dibawa ke Belanda akhir tahun lalu kerana berlaku pertempuran antara pemberontak pemisah pro-Rusia dan tentera kerajaan Ukraine yang turut menghalang pemeriksaan selamat dijalankan di lokasi kemalangan.

Amerika Syarikat menyatakan bahawa pemberontak pro-Rusia menembak jatuh pesawat itu dengan peluru berpandu dari darat ke udara, manakala Rusia berkata ia ditembak oleh tentera kerajaan Ukraine.

"Pada minggu lalu (pasukan) telah menjalankan beberapa penyiasatan terhadap bangkai, termasuk rangka, mekanisme yang gagal berfungsi dan corak yang terhasil daripada impak," kata Lembaga Keselamatan Belanda dalam satu kenyataan.

Penyiasat tidak lama lagi akan membina semula pesawat tiga dimensi menggunakan bahagian yang ditemui, di pengkalan tentera udara Belanda, tempat di mana bangkai disimpan, menurut kenyataan itu sambil menambah saudara-mara mangsa boleh berkunjung ke situ pada awal Mac.

Dalam laporan awal, penyiasat Belanda membuat penilaian bahawa fiuslaj pesawat ini 'ditembusi oleh objek berkelajuan tinggi' yang berkemungkinan datang dari darat atau udara.

Pendakwa raya berkata, mereka terbuka terhadap kedua-dua kemungkinan tetapi terdapat kemungkinan yang lebih bahawa pesawat telah ditembak jatuh dari darat.

Belanda mengetuai siasatan jenayah dan keselamatan udara nahas ini, kerana lebih dua pertiga mangsa adalah dari Belanda. Penyiasat dari Ukraine, Malaysia, Australia, Britain, Belgium dan Jerman juga mengambil bahagian.

Jurucakap berkata draf laporan lembaga keselamatan mengenai hal kemalangan MH17 mungkin akan siap selepas musim panas, di mana pada waktu itu negara-negara lain yang terlibat boleh membuat penghujahan mereka sendiri.

Tetapi pasukan Belanda berada di bawah obligasi untuk tidak menukar laporannya walaupun pihak berkuasa negara lain tidak bersetuju dengan kesimpulan radikal, kata jurucakap itu.
Tags / Kata Kunci: MH17 , penyiasat antarabangsa , fiuslaj MH17

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan