Jangan Terpengaruh Kempen Di Media Sosial - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Sabtu, 21 Februari 2015 6:47 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan kempen menerusi media sosial yang bertujuan mencemarkan sistem perundangan negara demi kepentingan politik individu tertentu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kempen itu jelas mencabar sistem perundangan dan kehakiman di negara ini.

Beliau berkata kempen itu diadakan semata-mata mahu mengheret rakyat untuk menyertai perhimpunan 'March to Freedom' bulan depan bagi mendesak kerajaan membebaskan bekas Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya kesal dengan perbuatan pihak yang menganjurkan kempen itu, dengan menjadikan media sosial sebagai medan menarik orang ramai.

"Sebarang usaha yang dilakukan bagi membebaskan seseorang yang dijatuhkan hukuman bersalah oleh sesebuah mahkamah di negara ini, dianggap boleh mencemarkan sistem kehakiman," katanya pada Sabtu.  

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program pembahagian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 1,500 penerima Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman di sini.

Kempen itu dilancarkan Nurul Nuha, anak kedua Anwar, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya pada10 Februari lepas.

Ahmad Shabery turut mempertikaikan Majlis Peguam yang dilihat mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Sebelum ini, presiden badan berkenaan Christopher Leong dipetik media tempatan sebagai berkata Anwar 'dianiaya, bukan didakwa' selepas Mahkamah Persekutuan membuat penghakimannya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan