Remaja Rancang Sertai IS Mahu Lanjut Pelajaran Di Madrasah - Bapa Saudara

Diterbitkan: Sabtu, 21 Februari 2015 8:56 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

MUAR: Remaja perempuan yang ditahan kerana dipercayai mahu menyertai kumpulan militan IS di Syria, pernah memberitahu mahu melanjutkan pelajaran di madrasah bagi mendalami ilmu agama, demikian menurut bapa saudara dan rakan sekolahnya.

Bapa saudara remaja itu jelas terkejut apabila dimaklumkan anak saudaranya itu ditahan kerana disyaki mahu menyertai IS.

"Saya tidak tahu pun anak saudara saya ini ditahan sehingga anda (pemberita) memberitahu saya ... hubungan dia dan keluarga juga baik dan tiada masalah serta agak rapat dengan rakannya di sekolah.

"Apa yang kami tahu dia yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan kematian ibunya sejak beberapa tahun menyebabkan dia mahu melanjutkan pengajian di sebuah madrasah baru-baru ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sebuah kampung di sini Jumaat.

Seorang daripada rakan remaja perempuan itu pula berkata remaja perempuan itu pernah memberitahunya yang dia mahu mendalami ilmu agama dan melanjutkan pelajaran ke madrasah.

"Kami (rakan-rakan) terkejut dia ingin menyertai IS ... dia seorang yang peramah dan agak pandai dalam pelajaran," kata pelajar lelaki berumur 16 tahun itu.

Pada 18 Februari, sepasukan polis daripada Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman menahan seorang remaja perempuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dipercayai merancang untuk menyertai IS di Syria.

Menurut polis, remaja berusia 14 tahun itu dikesan terpengaruh dengan fahaman ekstremis berkenaan selepas berinteraksi dengan dua individu di laman Facebook, sebelum bertindak nekad mahu meninggalkan negara bagi menyertai kumpulan militan itu.

Tags / Kata Kunci: remaja sertai IS , IS

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan