Kes Liwat Anwar: Presiden Majlis Peguam Diminta Tarik Balik Kenyataan

Diterbitkan: Sabtu, 21 Februari 2015 1:28 PM

Christopher Leong

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekumpulan ahli Majlis Peguam Malaysia menuntut presidennya, Christopher Leong menarik balik kenyataan yang mempertikaikan sistem penghakiman Mahkamah Persekutuan terhadap kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap mewakili 100 ahli pertubuhan, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata kenyataan Christopher tidak mewakili pandangan majoriti pengamal peguam.

"Kita bimbang apabila Presiden Majlis Peguam membuat kenyataan mengenai mahkamah dan badan kehakiman negara di atas nama Majlis Peguam.

“Beliau boleh mengeluarkan kenyataan itu tetapi tidak boleh menyatakan pandangan berkenaan mewakili kami semua," katanya pada sidang akhbar di sini, Sabtu.

Pada 11 Februari, Christopher berkata Anwar telah 'dianiaya, bukannya didakwa' dan pemimpin pembangkang itu sepatutnya didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana liwat tanpa kerelaan.

Justeru, Abd Aziz menggesa Christopher meminta maaf kepada hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, yang telah mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar bagi pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Hentikan semua serangan tidak munasabah ke atas badan kehakiman dan minta maaf, bukan kepada kami tetapi kepada hakim-hakim yang secara terang-terangan diburuk-burukkan beliau dan tarik balik kenyataan itu.

"Saya percaya jika beliau melakukan ketiga-tiganya, kami gembira dan tiada lagi isu. Kita lihat sama ada beliau bersedia untuk menarik balik kenyataannya. Jika beliau kata bahawa ia adalah pandangan peribadi, kita boleh menerimanya, " kata Abdul Aziz.

Peguam, Datuk Mohd Noor Amin berkata mereka memberikan Christopher tempoh 14 hari untuk menarik balik kenyataan beliau.

"Jika tidak, kita akan  mengambil langkah yang perlu untuk menggesa beliau meletak jawatan sebagai Presiden Majlis Peguam Malaysia serta-merta dan memanggil Peguam Negara untuk mengenakan tindakan terhadapnya," katanya.

Ditanya sama ada ideologi mereka mewakili 15,000 ahli Majlis Peguam, memandangkan hanya kira-kira 100 ahli menyokong panggilan yang dibuat oleh mereka, Abd Aziz berkata angka itu akan berkembang setiap masa.

"Lagi pun kita bukannya parti politik yang memberi perhatian untuk merekrut ahli.

"Hakikat terdapat 100 anggota yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dalam tempoh hanya dua hari jelas menunjukkan kenyataan Christopher tidak mewakili keseluruhan Majlis Peguam," katanya.

Percubaan untuk mendapatkan komen Christopher tidak berjaya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan