Pendidikan Tinggi Negara Setaraf Peringkat Antarabangsa - Idris Jusoh

Diterbitkan: Sabtu, 21 Februari 2015 1:22 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Pendidikan tinggi negara kini setaraf dengan di negara maju termasuk United Kingdom, Jerman dan Australia dari segi kualiti pendidikan, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, ini dibuktikan dengan terdapat lebih 135,000 pelajar asing sedang mengikuti pengajian di beberapa universiti tempatan yang meliputi 10 peratus daripada jumlah pelajar yang berada di pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini.

"Dengan perkembangan ekonomi yang mantap dan kerajaan yang stabil serta pentadbiran kerajaan yang berjaya diuruskan dengan baik, kini pelajar asing yakin untuk mengikuti pengajian di negara ini berbanding sebelumnya," katanya kepada pemberita di Jerteh, Sabtu.

Menurutnya, dengan perkembangan itu, Malaysia kini menduduki tempat ke-9 daripada 30,000 universiti di seluruh dunia yang menjadi tarikan pelajar asing untuk datang belajar dalam pelbagai bidang pengajian terutamanya dalam bidang Sains Persekitaran, Kejuruteraan, Pertanian dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Idris berkata, Universiti Malaya (UM) kini berada pada kedudukan 151 (meningkat daripada 167) dalam senarai 400 institusi teratas di dunia dalam kajian universiti berprestij QS World Ranking 2014.

QS Quacquarelli Symonds yang berpangkalan di London merupakan pertubuhan yang menilai universiti di dunia menerusi ukuran reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar kepada fakulti, kertas penyelidikan setiap fakulti, petikan setiap kertas, pengantarabangsaan dan program pertukaran pelajar.

Selain itu empat lagi institusi pengajian tinggi Malaysia yang telah meningkatkan kedudukan berbanding pada tahun sebelumnya iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di tempat 259 (tempat 269 tahun 2013) manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di tangga 294 (355), kenaikan mendadak sebanyak 61 anak tangga.

Universiti Sains Malaysia (USM) pula berada pada kedudukan 309 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) 376.

Menurut Idris, antara negara yang mula menghantar pelajar mereka untuk mengikuti pembelajaran di negara ini termasuklah dari Australia dan China.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar tidak terkeliru dengan fitnah yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang yang suka memburuk-burukkan kerajaan dengan menyatakan sistem pendidikan di negara ini masih mundur.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan