Melaka Kekal Destinasi Pelancongan Popular - Exco

Diterbitkan: Sabtu, 21 Februari 2015 7:30 PM

Negeri Melaka masih lagi menjadi destinasi pelancongan popular.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Jumlah kemasukan kenderaan ke Melaka yang mencatatkan peningkatan bagi tempoh tiga hari sejak Rabu lepas bersempena cutiTahun Baharu Cina membuktikan negeri ini kekal menjadi destinasi pelancongan popular, kata Exco Pengangkutan Dan Pemulihan Projek negeri Datuk Lim Ban Hong.

Beliau berkata bagi tempoh tiga hari itu, sebanyak 157,957 buah kenderaan dicatatkan memasuki Melaka melalui tiga plaza tol iaitu Ayer Keroh, Simpang Ampat di Alor Gajah dan Lipat Kajang di Jasin.

"Tol Ayer Keroh mencatatkan kemasukan kenderaan tertinggi melebihi 50 peratus daripada jumlah keseluruhan kemasukan kenderaan ke negeri ini," katanya pada sidang akhbar di sini, Sabtu.     

Katanya sebanyak 48,793 buah kenderaan direkodkan memasuki Melaka melalu itiga tol tersebut pada hari pertama pemerhatian dilakukan berbanding 46,909 buah pada hari sama tahun lepas.

Pada hari kedua dan ketiga pula masing-masing merekodkan kemasukan kenderaan berjumlah 56,840 dan 52,324 buah berbanding 51,981 dan 54,015 buah pada tahun lepas, katanya.

Lim berkata walaupun kemasukan kenderaan meningkat namun keadaan trafik masih terkawal dengan pemantauan oleh pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Tags / Kata Kunci: Melaka , destinasi pelancongan

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan