Bayi Maut, Kereta Dipandu Bapa Terbabas Di Lebuhraya PLUS

Diterbitkan: Sabtu, 21 Februari 2015 9:42 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia 20 bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta dipandu bapanya yang kemalangan di KM201.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada Jumaat.    

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata Muhammad Anas Nazhan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepalanya dalam kejadian 5.50 petang itu.     

Ibu bayi itu, Norhayati Md Isa, 30, juga cedera parah manakala bapanya, Shamsul Azwan Abu bakar, 29, cedera ringan.   

"Dalam kejadian itu, kereta yang dipandu Shamsul Azwan dari arah Melaka ke Kuala Lumpur telah hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian sebelum terbabas ke kiri jalan dan terbalik," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata mayat bayi itu dibawa ke hospital Alor Gajah untuk bedah siasat manakala ibunya dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.    

Tags / Kata Kunci: mayi maut , kereta terbabas

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan