60 Rumah Untuk Mangsa Banjir Akan Dibina Di DUN Paloh

Diterbitkan: Sabtu, 21 Februari 2015 1:27 PM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membina 60 rumah kekal untuk mangsa banjir di tiga kawasan penempatan baharu yang telah dikenal pasti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh dalam masa terdekat.

Anggota Dewan Undangan Negeri Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, tiga penempatan terbabit adalah di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Lebir, Kampung Susu Dara dan Kampung Aring 2.

"Sebanyak 20 buah rumah yang setiap satunya bernilai RM48,000 akan dibina di setiap penempatan yang telah dikenal pasti, membabitkan kawasan tanah kerajaan di lereng bukit dan rizab sungai.

"Penerima rumah berkenaan adalah daripada kalangan mangsa banjir yang tinggal di kawasan setinggan di pinggir sungai dan tidak memiliki tanah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini, Sabtu.

Nozula yang juga Timbalan Pengerusi Kesedar turut meminta mangsa banjir yang kehilangan rumah dan masih tinggal di dalam khemah, agar bersabar sehingga kerajaan membina rumah kekal untuk mereka tidak lama lagi. 

Tags / Kata Kunci: mangsa banjir , DUN Paloh , MKN , Norzula Mat Diah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan