Liwat: Forum Diadakan Untuk Tolak Tuduhan Terhadap Umno - Pemuda Umno

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2015 10:35 AM

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kanan) bersama Peguam Negara, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hadir untuk sesi forum dan dialog penerangan kes liwat Anwar di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein, baru-baru ini. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang exco Pemuda Umno tampil untuk mempertahankan langkah sayap itu menganjurkan forum awam yang menerangkan tentang sabitan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ibdilillah Ishak berkata forum yang menampilkan pendakwa utama perbicaraan itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bertujuan untuk menolak tuduhan bahawa Umno adalah dalang di sebalik kejatuhan politik Anwar.

"Selama ini kita telah mengambil pendirian untuk berdiam diri dan menghormati proses  perbicaraan. Kini kes tersebut sudah selesai, ini adalah masa yang terbaik untuk menangkis segala penipuan yang mengatakan Umno adalah dalang konspirasi kes tersebut.

"Persepsi yang dibuat oleh PR jika tidak dicegah akan menjadi wabak dan akhirnya menyebabkan rakyat percaya bahawa kes liwat Anwar adalah konspirasi Umno," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Ibdilillah, yang juga pengerusi media sosial Pemuda Umno, berkata forum yang telah diadakan baru-baru ini di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein  (Akhi) dijalankan dengan tujuan melenyapkan persepsi negatif melalui 'fakta konkrit dan berasas'.


"Ia bersifat dua hala. Sesi tersebut membuka ruang untuk sesi soal jawab dan sesiapa saja tidak dihalang untuk melontarkan persoalan," katanya.

Pada forum itu Shafee menceritakan secara terperinci perjalanan kes liwat Anwar dan Mohd Saiful termasuk aduan yang dibuat oleh Saiful dan kemungkinan menjadi ancaman kepada negara.

Pemuda Umno bagaimanapun telah dikritik oleh pembangkang kerana menganjurkan siri forum yang terus mengkritik Anwar, walaupun selepas dijatuhi hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Persekutuan kerana meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Ibdilillah juga membidas Ketua  Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad yang mencabar ketua sayap Pemuda Khairy Jamaluddin untuk berdebat mengenai perkara itu.

"Kenapa dia tidak mencabar peguam Anwar untuk berdebat yang jelas tidak mampu mempertahankan dirinya?.

“Sebaiknya Nik Nazmi harus mereformasikan PKR itu terlebih dahulu. Tidak perlulah untuk terus memburukkan badan kehakiman negara. Lebih baik Nik Nazmi ‘mereformasikan’ sistem pemilihan PKR yang jelas tidak telus,” ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan