Buktikan Kuliah Saya Sesat - Wan Ji - Berita Semasa | mStar

Buktikan Kuliah Saya Sesat - Wan Ji

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2015 5:31 PM

Wan Ji Wan Hussin perlu hadir ke pejabat Jais pada Isnin ini bagi membantu siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin menuntut supaya Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuktikan bahawa kuliah agama yang disampaikannya mengandungi unsur ajaran sesat.

Menerusi posting di laman Facebook, Wan Ji berharap Jais dapat memberi penjelasan berhubung Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor berkaitan tauliah yang diwujudkan untuk membendung penyebaran ajaran sesat.

"Saya harap Jais dapat menjawab persoalan saya nanti bahawa enekmen tauliah diwujudkan untuk atasi ajaran sesat.

"Jadi saya perlukan bukti bahawa sejauh mana selama saya mengajar ini dikira sebagai ajaran sesat, sedangkan semasa saya (menyampaikan) kuliah tadi, kitab yang saya bawa adalah Fathul Bari, syarah kepada saheh al-Bukhari," tulisnya pada Jumaat.

Pada Khamis malam, Wan Ji, 32, ditahan Jais kerana mengajar tanpa tauliah di sebuah surau di Seksyen 17, Shah Alam.

Beliau kemudiannya dibebaskan kira-kira pukul 10.30 malam Khamis dan diminta hadir ke pejabat Jais pada Isnin (23 Februari) ini untuk siasatan lanjut.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan