Utamakan Kepentingan Negara, Kata Menteri Kepada Suria KLCC

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2015 8:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pihak pengurusan Suria KLCC perlu meletakkan kepentingan negara melebihi sasaran keuntungan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Tambahnya beliau sedih mengenai situasi yang perlu dilalui oleh BritishIndia dan pusat beli-belah itu.

"Pada lewat tahun lepas, saya pergi ke pusat beli-belah itu untuk melakukan tinjauan mesra dan saya telah dimaklumkan tentang konflik ini oleh pengurusan BritishIndia.

"Saya segera memaklumkan dengan pegawai yang bersama dengan saya mengenai isu itu dan memberitahunya bahawa ini tidak sepatutnya berlaku dan perlu diperbetulkan," kata Hasan.

Beliau menegaskan bahawa tindakan menggantikan jenama tempatan dengan produk antarabangsa bertentangan dengan kempen 'Beli produk Malaysia' oleh kementerian ini.

"Walaupun pemilik BritishIndia adalah orang Inggeris, ia adalah sebuah syarikat tempatan. Tindakan menaikkan sewa dan akhirnya memberikan tapak perniagaan mereka itu kepada orang asing adalah tidak kena.

"Saya akan memanggil pihak pengurusan tertinggi Suria KLCC dan menuntut penjelasan daripada mereka, di samping itu saya telah meminta pegawai saya untuk mengkaji bagaimana kita boleh menangani isu ini dari aspek undang-undang," katanya, sambil menambah bahawa beliau sedang meneliti akta dan peraturan terhadap tindakan tersebut.

Menteri itu berkata beliau menyokong gesaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin untuk membenarkan jenama tempatan bersaing dengan jenama antarabangsa.

"Ya, keuntungan adalah penting. Walau bagaimanapun, saya mengharapkan mereka untuk meletakkan kepentingan negara di hadapan keuntungan dalam kes ini," katanya.

BritishIndia, penyewa pusat membeli-belah sejak 1998 telah diberikan notis empat hari untuk menerima tawaran tanpa syarat Suria KLCC supaya berpindah.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, pengasas BritishIndia, Pat Liew berkata surat itu telah disampaikan pada Julai 2014 walaupun syarikat itu merupakan penyewa kompetitif.

Beliau berkata BritishIndia telah memohon injunksi untuk menghalang pengurusan Suria KLCC daripada meneruskan notisnya.

Pendengaran permohonan itu dijadualkan 24 Februari ini.

BritishIndia mempunyai lebih daripada 40 kedai-kedai di pusat beli-belah terkemuka di Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Tags / Kata Kunci: Suria KLCC , BritishIndia

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan