Riwayat Hidup Penyu 100Kg Mungkin 'Berakhir Dalam Periuk'

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2015 8:58 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Ramai bimbang nasib penyu cengkerang lembut dengan berat 100kg yang spesisnya semakin terancam yang ditangkap oleh seorang nelayan di Daro mungkin berakhir di dalam periuk dengan harga RM2,000.

Nelayan yang menangkap penyu itu, dipercayai berusia 50 tahun, berkata dia merancang untuk menjualnya di pasaran di sini.

Harganya dikatakan kira-kira RM20 sekilo.

"Lelaki itu merancang untuk menjualnya tetapi tidak menyatakan bila dia akan membawanya ke Sibu," kata seorang penduduk tempatan, Jelmai Beedih.

Katanya, jika ia berlaku, riwayat penyu itu akan 'berakhir di dalam periuk' jika tidak ada campur tangan oleh pihak berkuasa yang berkenaan untuk menghentikan jualan.

Dia berkata, penyu itu ditangkap menggunakan mata kail pada Selasa di Daro, kawasan yang terletak kira-kira tiga jam dari sini.

"Nelayan itu mengambil masa hampir satu jam untuk menaikkan penyu itu kerana penyu itu juga berusaha untuk melepaskan diri.

"Dalam usaha untuk meletakkan penyu di atas sampan itu, beberapa penduduk kampung menghentak-hentak bahagian perut penyu."

Timbalan Pengurus Besar Sarawak Forestry Corporation Sdn Bhd Oswald Braken Tisen berkata beliau dimaklumkan oleh penduduk di Daro bahawa nelayan itu mahu menjual daging penyu yang ditangkapnya di Sibu.

"Kita telah menghantar anggota kita ke Sibu untuk menghentikannya daripada berbuat demikian.

"Kami juga berharap nelayan itu akan menyerahkannya kepada kami," katanya.

Braken juga menggesa orang ramai untuk menghentikan penjualan haiwan terancam secara haram dengan memaklumkan kepada syarikatnya jika mereka terserempak dengan sesiapa sahaja yang menjual penyu atau spesies yang dilindungi.

Sehingga petang Rabu, penyu itu masih hidup dan disimpan oleh nelayan berkenaan.
Tags / Kata Kunci: penyu , spesis terancam , Oswald Braken Tisen

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan